Skip to content

Aku Juga Ingin Menjadi Blogger Seperti Kalian

 

Misteri Perjalanan

Liku-liku kehidupan memang menarik untuk dicatat dan lebih indah untuk dibaca dikemudian hari, mungkin kita akan tersenyum dengan apa yang sudah kita lalui dan juga boleh dijadikan sebagai cebisan tauladan dalam kita menjalani kehidupan yang seterusnya. Kesilapan tidak harus diulang tetapi kesilapan itu banyak mengajar kita erti kematangan dalam menjalani kehidupan. Banyak kisah-kisah yang berlaku dikeliling kita, menjadi lebih menarik lagi sekiranya ia dapat dikongsi bersama, segala bentuk penceritaan serta kupasan dalam kehidupan ini adalah kenyataan yang harus ditatap direnung bersama. Kepada anak-anak ku, Alesya Sofiya, Alissa Syaurah dan Alya Syazana jadilah anak dan manusia pembela dan pejuang..InsyaAllah ..

Perjuangan hidup dalam membela masa hadapan yang lebih terjamin, lebih stabil, lebih yakin adalah impian setiap insan. Tapi aku bukanlah sang pujangga yang mampu membuahkan bunga-bunga ayat yang indah,aku hanya mahu setiap rasa serta nukilan dalam penulisan ku ini dapat dijadikan rujukan kepada mereka yang ingin mendekati dan mengenali diri yang kurang penting ini. Semoga kita memohon dan beroleh rahmat dari Allah S.W.T semoga kalian diberkati dan sentiasa berada didalam keadaan yang sihat. Amin

 

Boleh Dihubungi :
Tel : 0182361717   
 Email : mshaza@yahoo.com