Skip to content

Aku dan pengalamanku

rileks

Rabu 3.10.2010
Aku masih di HUKM masuk hari ke 7 aku disini, Jumaat lepas aku jalani pembedahan untuk tulang belakang aku yang mengalami ‘slip disc’ yang agak kritikal. Satu pengalaman yang tak mungkin akan aku lupakan sampai bila-bila. Kesakitan aku ini bermula dari 2 minggu sebelum hari raya, kesakitan yang aku alami ketika itu amat perit untuk ditanggung, segala urat saraf seperti ditekab-tekan dibahagian punggung kira sampailah kebawah peha kaki kiriku. Lanjutan dari itu, sehingga dalam pertengan bulan 9, kaki kiri aku mula menjadi kebas selepas mengalami kekejangan urat yang teramat sakit selama 2 malam berturut-turut. Selepas kesakitan hilang terus peha kiri ku sehingga ibu jari menjadi kebas tiada rasa yang dirasa seperti melangkah diawanan dengan kaki kiriku, pakai kasut juga seperti tidak pakai, tiada daya untuk mengenjak kaki kiriku untuk menyarung selipar sehingga dipicit serta dipukul-pukul pun tiada rasa seperti kaki kanan ku. Aku menjadi risau terus aku berbincang dengan isteriku dan terus mengambil keputusan untuk menghubungi Pakcik Satria kerana kalau nak menunggu appointment dengan hospital ampang aku harus menunggu sehingga 11.10.2010 bermakna lagi sebulan. Hari Rabu terus isteriku membawa berjumpa dengan pakcik Satria di hospital selayang, setelah diperiksa memang aku mempunya masalah yang serius dengan tulang belakang aku dimana disyaki ketika itu, urat dibahagian belakang aku dihimpit oleh disc yang terkeluar. Terus pakcik Satria merujuk dengan kawannya dan aku terus di saran untuk berjumpa dengan pakar tulang/spinal di HUKM kerana seperti yang diberitahu disana mempunyai cukup kelengkapan dan kepakaran, jadi aku dirujuk untuk berjumpa dengan Doktor Hisam pada petang itu juga. Dengan berbekal surat dari pakcik Satria kami terus ke HUKM, sampai saja disana kami register dan menunggu giliran, dalam beberapa minit kami terus berjumpa penolong doktor Hisam, aku diperiksa dan laporan dibuat mengatakan yang aku memang benar-benar mempunyai masalah tekanan saraf, setelah laporan diberikan kepada Doktor Hisam, terus dia berjumpa aku dan seperti yang dijangka Doktor hisam juga menyatakan perkara yang sama, tapi apa yang aku tak sangka ialah yang keseriusan sakitku ini berkemungkinan besar untuk menjalani pembedahan ini kerana otot dipeha kaki kiriku dah mula lemah sekaligus membuatkan ibu jari kaki kiriku berasa lemah dan tidak boleh membengkok ke atas. Aku dinasihati untuk terus dimasukkan ke wad.

Aku merasa terkejut dengan saranan dr hisam ketika itu kerana memang seumur hidupku aku tak pernah dimasukkan ke wad dan apa tah lagi untuk dibedah! Memang macam-macam aku terfikir. Aku meminta sedikit masa untuk menangguhkannya sehingga pagi esok. Doc hisam bersetuju, dan aku terus balik dengan isteriku, mula berasa risau dan berdebar, ketika ini cara aku berjalan tidak seperti orang normal, cara aku berjalan seperti orang patang kaki, seperti sebelah kakinya pendek dan memang nampak tidak stabil. Sambil berjalan ketempar parking aku mula menjadi jiwa kacau sebentar. Sesampai saja dirumah mak dan abah sudah pun tiba dari Ipoh. Malam itu aku mula menenangkan diriku, kemas apa yang patut sebagai persediaan untuk pagi esoknya. Pada ketika ini juga aku memang tidak merasa sakit langsung cuma kebas kaki kiriku saja yang menjadi masalah dan punca aku terpaksa dimasukkan ke wad Songket HUKM.

Seawal paginya dengan 50-50 perasaanku, aku teruskan jua, semangat datang dari rasa kebertanggungjawabku pada keluargaku serta terutama sekali pada diriku sendiri. Dengan lemah dan berat hati, aku langkahkan jua kaki ku untuk bersama isteriku melangkah keluar rumah bagi menghadapi suatu peperangan yang harus aku juangkan dan harungi. Setelah mendapatkan kelulusan dari pihak insurance great eastern under company aku Hewlett Packard, aku terus berada di wad songket tingkat 7 num bilik 21. Dalam petang lingkungan pukul 2-3pm aku terus menjalani ujian MRI, suatu pengalaman baru untuk aku, memasuki tiub yang cukup-cukup untuk diri aku saja, sambil terbaring aku terus dimasukkan ke mesin MRI, pada mulanya aku merasa sesak nafas walaupun belum sampai separuh aku dimasukkan ke dalam mesin itu, aku dimeminta dikeluar sebentar. Setelah aku amankan diriku, fikir secara rasional, aku dimasukkan sekali lagi, dengan dibekalkan pengedap bunyi ke telinggaku aku dimasukkan secara perlahan dengan penuh tawakal aku terus tenangkan diri, dalam beberapa minit suatu bunyi bising keluar dari dalam mesin itu, scanning telah bermula, dalam lebih kurang 20minit aku dikeluarkan. Perasaan lega memang terserlah ketika itu, terasa luas dunia aku.

Setelah ujian MRI habis aku diberikan keputusannya dalam bentuk filem negatif yang telah dimasukkan kedalam sampul, saiznya sebesar kertas A5. Dengan perasaan yang bercampur aduk aku terus membawa kuputusan itu naik ke wad sambil berjalan tersendeng-sendeng. Sampai saja diwad aku serahkan kepada nurse yang bertugas disitu dan aku selepas itu aku terus masuk ke bilik aku. Ketika itu dibilik hanya ada abak mak dan nina saja. Meraka menanyakan aku perihal MRI tadi, apa yang mampu aku gambarkan ianya seperti memasukki keranda rasanya.
——————————————————-
Pada kebiasaannya kalau ada kelapangan aku hanya suka bersama keluarga, melihat gelagat anak-anak aku, cuba memahami mereka. Sebagai seorang ayah dan sebagai seorang ketua keluarga aku selalu memikirkan tentang masa depan mereka, aku mahu mereka berilmu bukan hanya memikirkan tentang duit dan harta semata kerana kehidupan ini bukan hanya didunia semata. Hubungan sesama manusia harus dijaga, hormat menghormati harus diterap, jangan menjadi seperti mereka yang hanya tahu dan mahu menjaga diri mereka sahaja. Jangan sombong dengan apa yang ada didunia ini, semuanya hanya sementara bila-bila masa kesemuanya boleh ditarik. Ingat Allah kerna Allah itu akan selalu mengingati kita, sebagai manusia kita tidak lari dari membuat kesilapan tetapi harus menjadikan kesilapan itu sebagai satu pengajaran dan jangan diulanginya lagi.

Hidup dalam masyarakat itu amat digalakkan dalam Islam, solat berjemaah itu amat sekali disaran serta dikerjakan oleh kita. lalai dalam mengerjakan suruhanNya akan mengundang perasaan tidak tenteram dalam hati kita. Alesya Sofiya, Alissa Syaurah, Alya Syazana ingatlah, ingatlah segalanya bermula dariNya dan juga berakhir atas kehendakNya. Jauhi sifat sombong, meninggi diri InsyaAllah hidup akan diberkati. Betapa tinggi pengorbanan seorang ayah, hanya baru aku sedari, abah aku seorang yang tabah dan amat menyayangi kami abah sentiasa berusaha memberi pendidikan kepada kami agar kami menjadi insan yang tidak hidup dalam kebodohan. Ya, seperti yang aku katakan tadi, manusia itu tidak sempurna sering terabai dengan ketaksuban nafsu serta kehendak dan aku juga pernah menjadi anak yang durhaka kepada orang tuanya. Sekarang aku sudah berusia 32 tahun dan semuanya telah berlalu pergi, bila ditoleh aku akan berasa malu dengan diriku sendiri, betapa lemahnya iman aku ini. Alhamdulillah dengan izin Allah aku mula mengenali diri ini dan mahu berubah, berubah untuk menjadi insan yang boleh dijadikan rujukkan anak-anak aku, InsayaAllah.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: