Skip to content

Isu Penggunaan Nama Allah

January 21, 2010

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/index.php/opinion/amin-iskandar/48522-allah

Amin Iskandar: Apakah nasihat saudara kepada Umat Islam di Malaysia berhubung dengan penggunaan perkataan “Allah” bagi penganut Katolik dalam penerbitan The Herald dalam bahasa Melayu?

Zulhazry Mohd Yusoff: Jangan menyalahkan orang lain atas kelemahan diri kita sendiri. Saya faham jika umat Islam di Malaysia bimbang sekiranya “Allah” itu terpaksa dikongsi dengan Kristian dan sekaligus akan menyebabkan kekeliruan pembaca, khususnya mereka yang kurang arif dengan ilmu agama, walaupun secara asas.

Mereka bimbang dengan Kristianisasi, mereka bimbang sekiranya selepas ini dakwah Kristian akan lebih mudah disebarkan seiring dengan penerbitan berbahasa Melayu, apatah lagi perkataan Allah digunapakai untuk merujuk kepada terjemahan God.

Sebenarnya begini, mengapa tidak umat Islam di Malaysia, pihak yang berwajib dalam bidang agama Islam di Malaysia, mencermin diri sendiri terlebih dahulu. Mengapa mereka tidak memperluaskan dakwah Islam itu secara lebih intensif dan komprehensif.

Bagaimana pendekatan mereka dalam membawa umat Islam kembali semula kepada ajaran Islam yang sebenar dan bukan sekadar taklid, bukan sekadar agama yang diwarisi. Jika pemahaman umat Islam telah sekian lama kukuh, pasti tidak timbul isu-isu sebegini. Jika mereka boleh menerbitkan risalah dakwah di dalam Bahasa Melayu, mengapa tidak kita terbitkan seribu risalah dakwah dalam bahasa Inggeris, Tamil, Mandarin dan sebagainya?

Terjemahan Al Quran yang mahu dibuat di dalam bahasa Iban pun ditolak, kumpulan saudara baru dibiarkan tanpa perhatian sehingga mereka kembali semula kepada agama asal, penerapan konsep tajdid (pembaharuan) di dalam Islam juga ditolak dan pelbagai karenah birokrasi lain. Mereka hanya berkokok ketika isu sebegini muncul sedangkan pada waktu lain, ketika mereka sepatutnya aktif mendepani pembangunan rohani umat Islam di Malaysia, suara mereka langsung tidak kedengaran.

Begitulah serba sedikit pandangan-pandangan mengenai isu Allah. Cadangan saya, jika ada orang-orang Islam yang marah atau merasa terancam dengan penganut agama Katolik menggunakan perkataan Allah, mulakanlah memenuhkan masjid dan surau pada setiap waktu solat. Terutamanya solat Subuh.

Begitu juga solat Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Jangan biarkan masjid hanya penuh pada solat Jumaat. Adalah satu pembaziran membiarkan masjid dan surau kosong dan marah apabila kerajaan tak buat masjid dan surau. Jika umat Islam di Malaysia sentiasa memenuhkan masjid pada setiap waktu solat, maka itu adalah satu isyarat bahawa Islam itu kuat di Malaysia. Jika ini tidak dapat dilakukan, tok sahlah nak marah-marah. Lebih baik baca buku dan cari guru serta belajar lebih mendalam mengenai Allah.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: