Skip to content

Penyokong UMNO cuba cabul petugas wanita PKR – Apa nak jadi ngan MELAYU ni!!!

April 7, 2009

Malaysiakini | 7 April 2009

PKR mendakwa seorang petugas wanitanya dikasari dan cuba dicabuli oleh penyokong BN semalam di bilik gerakan Umno di Bukit Gantang sewaktu kumpulan petugas itu melalui kawasan tersebut.

Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin mendakwa wanita itu “ditarik secara paksa ke dalam bilik khidmat masyarakat Umno atas tujuan cubaan mencabul kehormatan mangsa.”

“Bagaimanapun, mangsa telah berjaya diselamatkan oleh penduduk setempat,” katanya dalam satu kenyataan.

“Berhubung kejadian ini, beliau (wanita itu) yang ditemani oleh petugas pilihanraya PKR dan saksi kejadian telah mengemukan dua laporan polis secara berasingan di balai polis Simpang, Bukit Gantang.”

Tambahnya, insiden tersebut disahkan oleh pengarah pilihanraya Wanita PKR di parlimen tersebut Rodziah Ismail.

“Wanita PKR mengutuk sekeras-kerasnya insiden ini dan menyatakan rasa kesal terhadap tindakan media kawalan Umno-BN yang dilihat sebagai berat sebelah dan tidak beretika.

“Wanita PKR akan menyaman mana-mana media yang menyatakan bahawa laporan polis yang dibuat adalah laporan palsu; media berkenaan perlu memperbetulkan laporannya kerana bukti kejadian dan pencabulan kehormatan mangsa adalah jelas dan lengkap,” kata Zuraidah.

“Insiden ini telah mengambarkan betapa sebahagian petugas pilihanraya Umno sanggup dan tidak teragak-agak melakukan perbuatan yang terkutuk dan melampaui batasan moraliti dan agama.”

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: