Skip to content

Dari Bukit Gantang – http://www.tranungkite.net/v8/

April 7, 2009
Rasuah PolitikUmno memberi sebuah basikal dan wang berjumlah RM400 kepada semua penduduk di Changkat Jering untuk memastikan penduduk di kawasan itu memberi undi simpati kepada calon mereka.
  Untuk berita terkini, sila ke:-
Laman TKO Versi Penuh : TKO Versi Asal
Laman detikdaily : http://www.detikdaily.net

Segala kesulitan harap maaf – Tok Penghulu

SPR sengaja susun prosedur pengundian memihak BN
Oleh: Izwan Abdul Halim dan Bashir Ishak

SUNGAI LALANG, 7 April (Hrkh) – Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang jelas tidak profesional dan sengaja menyusun prosedur-prosedur pengundian untuk memberi kelebihan kepada Barisan Nasional.

Beliau menegaskan demikian sebagai merujuk kepada tindakan SPR tidak meletakkan nombor giliran pada kertas undi bagi Pilihan Raya Kecil N.25 Dun Bukit Selambau.

“Ini jelas SPR bersekongkol dan menerima arahan daari penasihat-penasihat BN. Ini tidak konsisten kerana di Bukit Gantang dan Batang Ai susunannya berbeza dan setahu saya nombor giliran akan dicetak dalam kertas undi dalam dua pilihan raya lain.

“Kenapa (di sini) yang begitu ramai calon, yang boleh mengelirukan pengundi, tidak diletakkan nombor? Bukan sahaja calon kita tetapi calon-calon Bebas juga akan hadapi masalah.

“Tidak ada maknanya kita cabut undi dan nombor itu tidak diguna pakai selepas kita cabut undi,” ujarnya pada sidang media di Yayasan Aman, semalam.

————————

PAS dakwa benderanya ditanggal petugas Umno
Oleh: Muda Mohd Noor

PAS mendakwa tujuh lelaki yang dipercayai petugas Umno melakukan provokasi dengan menanggalkan bendera PAS di Parlimen Bukit Gantang

Ketua Pemuda PAS Perak, Norazli Musa berkata, kejadian tersebut berlaku di Trong malam tadi.

Menurutnya, tujuh petugas Umno yang menaiki lima kereta, ditahan oleh penyokong PAS kerana menanggalkan bendera parti itu.

Bagaimanapun, setelah di beri amaran, petugas-petugas Umno dibebaskan tanpa sebarang tindakan.

“Selepas diperiksa, banyak poster PAS berada di dalam kereta mereka,” katanya.

————————

Rasuah basikal dan tabur wang RM400 seorang
Petikan: Harakahdaily

BUKIT GANTANG, 6 April (Hrkh) – Umno memberi sebuah basikal dan wang berjumlah RM400 kepada semua penduduk di Changkat Jering untuk memastikan penduduk di kawasan itu memberi undi simpati kepada calon mereka. Iklan

Perkara tersebut diakui oleh seorang penduduk yang enggan dikenali bahawa semua penduduk telah menerima pemberian daripada Umno.

Dalam perkara yang sama seorang peniaga Cina turut mengakui Umno telah memberi wang sebanyak RM300 kepada orang Melayu manakala orang Cina hanya di beri RM100 setiap seorang.

Beliau yang berniaga di Simpang, Changkat Jering menyelar sikap Umnoyang tidak adil dalam pemberian wang tersebut.

“Masyarakat Cina marah sebab orang Melayu dibagi RM300 tetapi orang Cina hanya diberi RM100. Ini tidak adil kenapa mesti bezakan antara orang Melayu dengan Cina, kita sama-sama rakyat Malaysia,” katanya.

————————

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: