Skip to content

April 7, 2009

 Malaysian Insider – http://www.themalaysianinsider.com.my/index.php/opinion/breaking-views/21148-umno-dan-politik-wang-x–umno-online

Tuesday April 07 2009

MAC 24 — Siapa punca politik wang dan bagaimana ia boleh menular dan meresap masuk ke dalam Umno sedangkan semua pihak sedar bahawa perjuangan awal Umno tidak pernah dicemari dengan gejala jijik sedemikian.

Malahan, ketika mula-mula Umno ditubuhkan pada tahun 1946, bangsa Melayu lebih sanggup berlapar dan mengorbankan harta benda mereka bagi menghidupkan Umno dan melihat perpaduan serta kemerdekaan direalisasikan.

Lebih membanggakan lagi, ahli-ahli parti ketika itu juga turut mengadakan kutipan derma dan pelbagai sumbangan bukan sahaja untuk membolehkan segala perancangan parti berjalan dengan lancar tetapi juga turut mengumpul dana dan kewangan bagi membiayai rombongan kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman.

Sememangnya, alangkah pilu dan dukacita para pejuang lampau yang telah tiada dan sebilangannya yang masih hidup juga tentunya amat terkilan dengan apa yang berlaku dalam arena politik hari ini.

Umno dikaitkan dengan budaya rasuah yang secara tidak langsung mampu menghancurkan parti dari dalam di samping memberi pelbagai kesan kepada negara dan generasi masa hadapan.

Sedar atau tidak, sememangnya gejala tersebut mula dikesan sekitar awal tahun 1980-an dan diperkatakan pada tahun 1990-an.

Cakap-cakap mengatakan bahawa kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam Umno telah membawa sekali amalan rasuah bukan sahaja dengan kata-kata manis yang menjanjikan pelbagai imbuhan tetapi juga wujudnya penularan sampul berisi di kalangan ahli-ahlinya.

Sesungguhnya ketika itu, penggunaan politik wang tidak dibincangkan secara terbuka seperti hari ini dan ia dilakukan secara tersembunyi agar tidak memalukan para pelakunya.

Dalam Umno, Anwar naik dengan begitu cepat malahan banyak kejutan yang dibuat bermula apabila menjadi ketua Pergerakan Pemuda Umno. Daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjaga hal ehwal agama kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Kemudian menjadi Menteri Pertanian dan Menteri Pelajaran.

Dalam Umno, beliau menjadi Naib Presiden dan kemudiannya Timbalan Presiden, melalui usaha yang tidak pernah dibuat dalam parti, menidakkan kewibawaan Tun Ghafar Baba dengan meminggirkannya secara senyap menggunakan kuasa politik wang.

Dikatakan bahawa Anwar telah mengumpul pasukan di setiap negeri dengan hampir setiap Ketua Bahagian diminta bertemu Anwar secara sulit dan menerima imbuhan yang amat besar di samping janji-janji lain termasuk akan dilantik menjadi Menteri Besar jika mereka mencalonkan beliau sebagai Timbalan Presiden Umno.

Dikatakan juga, sekiranya terdapat segelintir individu yang menolak tawaran dan imbuhan Anwar lantas akibatnya tidak mendapat sebarang jawatan walaupun layak apabila Anwar menang jawatan Timbalan Presiden Umno.

Dalam hal ini, Anwar meletakkan pengaruhnya di setiap negeri dan di Sabah sendiri, hampir keseluruhan Ketua Bahagian mendapat imbuhan bernilai jutaan ringgit dan janji untuk mendapat jawatan Menteri dan Ketua Menteri.

Hasilnya, pada tahun 1993, 95 % daripada ahli Umno menyokong Anwar apabila 137 daripada 145 mencalonkan Anwar dan Tun Ghafar hanya memperoleh 7 bahagian sahaja.

Sesungguhnya itulah natijahnya penggunaan politik wang lantas diaplikasikan dalam kepimpinan dan pentadbiran negara hinggakan Umno hampir hancur dan ekonomi negara juga semakin merudum.

Kerana impikan jawatan dan pangkat dengan kuasa yang mutlak, lantas populariti Anwar ibarat “serba boleh” ketika itu juga melampaui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga, manakan boleh bangkai gajah disembunyikan apatah lagi pekung di dada yang membusung busuknya.

Secepat Anwar terjun ke dalam Umno lantas sepantas itu jugalah berakhirnya kepimpinannya lantas, sewajarnya hal tersebut dijadikan pengajaran kepada ahli-ahli parti dan masyarakat umumnya. Terbukti bahawa wang ringgit tidak akan mampu untuk mengekalkan pangkat dan kuasa apatah lagi jika agama, bangsa dan negara di jadikan taruhan.

Malahan sehingga hari ini, Anwar tetap berangan-angan mahukan jawatan nombor satu Malaysia, Perdana Menteri dalam impian! — Umno Online

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: