Skip to content

Tahniah!

March 29, 2009

Hero UMNO telah berjaya menepis segala tohmahan terhadapnya, KJ membuktikan yang pengaruhnya masih lagi kuat dan utuh!
Seorang anak muda yang penuh dengan perancangan dan wawasan, wawasan yang bagaimana? hanya Allah saja yang tahu. Tahniah juga kepada Pak Najib kerana menjadi orang nombor satu, tahniah juga kepada Pak Lah kerana sudi melepaskan kedudukannya, suatu pengorbanan yang bukan sedikit. Pak Mahathir juga telah kembali kepada pangkuan UMNO, Pak Anwar pula terus melaungkan LAWAN TETAP LAWAN!

Ye, LAWAN TETAP LAWAN, walau siapapun yang mengemudi UMNO, perjuangan yang belum selesai harus diteruskan jua, pengantungan akhbar Harakah selama 3 bulan adalah suatu permulaan, mengapa tujuannya dilaksanakan hanya Allah saja yang tau. Akhbar digantung, yang menentang dibelasah, tetapi Anwar terus melaungkan lawan tetap lawan. 3 pilihanraya kecil akan bakal berlaku dan kita sebagai rakyat Malaysia terus memerhatikannya dengan penuh teliti dalam pada masa yang sama ekonomi Malaysia terus merundum ditambah pula dengan situasi semakin ramai hamba rakyat didalam pengangguran. Mereka berjuang kerana ingin menegakkan prinsip masing-masing, kita hamba rakyat berjuang untuk mendapat sesuap makanan untuk meneruskan perjuangan hidup.

Tak apa. bak kata Pak Anwar LAWAN TETAP LAWAN! Tak apalah, kami hamba rakyat akan terus memberi sokongan, siapa nak sokong Pak Anwar, sokonglah, siapa nak sokong Pak Najib sokonglah, tak apa kita ini hamba rakyat apalah kita tau sangat. Mereka suka berbalah kerana itulah tabiat mereka, ahli politik berbalah pun kerana nak membela hamba rakyat, jadi biarkanlah mereka berbalah, soal hamba rakyat tak apalah, kita buat kerja macam biasa.

Apa-apapun jangan lupa pula nanti, bila dah berkuasa, jangan dilupa kami hamba rakyat yer…….sian pada kami.

—————————————————————————————————

Serba sedikit petikkan artikel dari Malaysiakini disekitar Persidangan UMNO

Perwakilan ‘boo’ bila nama Khairy disebut…
Mar 28, 09 12:54pm

Pastinya Ketua Pemuda Umno yang baru, Khairy Jamaluddin masih perlu bekerja kuat untuk memantapkan kedudukannya dalam menerajui pergerakan tersebut.

Jelas, dari reaksi para perwakilan di perhimpunan agung Umno hari ini, ia menunjukkan kejayaannya memenangi jawatan tersebut, belum dapat diterima sepenuhnya.

Ini kerana setiap kali nama beliau disebut, jelas kedengaran laungan ‘boo’ dari kalangan perwakilan.

Khairy memenangi jawatan tersebut Rabu lalu, dengan menewaskan dua lagi calon – Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Beliau memperolehi 304 undi manakala Dr Mohd Khir mendapat 254 undi dan Mukhriz memperolehi 232 undi.

Pada malam pengumuman dibuat, ratusan penyokong Mukhriz tidak puashati dan berkumpul di luar dewan persidangan.

Sebelum ini, Khairy didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin kerana ejennya terbabit dalam rasuah dan sokongan politik.

Bagaimanapun, beliau dibenarkan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak bernasib baik seperti Khairy.

Beliau juga didapati bersalah kerana ejennya terbabit dalam sogokan politik, tetapi beliau dilarang bertanding jawatan timbalan presiden.

Malah semalam, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak menghadiri majlis perasmian perhimpunan agung Umno Khamis lalu, kerana Pemuda Umno secara langsung dan terbuka, merestui politik rasuah.

Muhyiddin ikrar setia jadi orang nombor dua
Mar 28, 09 2:33pm
Tan Sri Muhyiddin Yassin berikrar mahu menjadi seorang timbalan yang setia kepada presiden Umno seperti yang dilakukan, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Muhyiddin, yang memenangi jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti Khamis lalu, berkata beliau akan memberi sokongan tanpa berbelah-bahagi kepada Najib untuk memimpin parti dan menjayakan agenda perubahan Umno.

“Saya insaf, sebagai timbalan saya adalah orang nombor dua. Orang nombor dua harus jadi seperti orang nombor dua, bukan (orang) nombor satu.

“Kalau berkelakuan seperti orang nombor satu, nanti akhirnya semuanya akan musnah.

“Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Saya juga berjanji (untuk) bantu di waktu senang atau susah, bukan sokong yang bawa rebah,” katanya semasa ucapan penggulungan di perhimpunan agung Umno 2008, yang berakhir di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini, lapor Bernama.

Katanya beliau akan meminta bimbingan dan tunjuk ajar daripada Najib dan keutamaan akan diberi kepada menyegerakan transformasi supaya parti politik terbesar negara akan dapat menarik orang Melayu, terutamanya generasi muda, menyertainya.

 

Najib: Jangan membuat andaian tentang saya…
Lee Way Loon | Mar 28, 09 3:48pm
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pihak, termasuk pihak media supaya tidak membuat penilaian awal terhadap kepimpinan sebagai perdana menteri.

Beliau menyifatkan tindakan itu tidak adil kerana belum masih belum pun dilantik secara rasmi sebagai pemimpin nombor satu negara.

Dalam sidang akhbar selepas selesai perhimpunan agung Umno, Najib turut sama ada beliau memerlukan pilihanraya mengejut bagi mendapat mandat rakyat.

“Itu budibicara yang boleh dilaksanakan pada bila-bila masa. Tetapi pada masa ini kita harus tumpukan kepada pembinaan semula parti dan agenda ekonomi.

“Persepsi mengatakan terlalu banyak politik dalam negara sehingga lupa kepada agenda memperkasakan ekonomi,” katanya.

Najib yang juga menteri Kewangan juga menolak tanggapan bahawa tuduhan skandal terhadapnya akan menjejaskan pelantikannya sebagai perdana menteri.

“Kalau hendak nilai saya, nilaikan berdasarkan tindakan saya, bukannya berdasarkan khabar angin” katanya.

Beliau juga menafikan akan mengekang ruang demokrasi di negara ini bila berkuasa kelak.

Beliau mengulas penggantungan penerbitan dua akhbar parti pembangkang – Harakah dan Suara Keadilan – selama tiga bulan.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak, termasuk pasukan media tidak membuat penilaian awal terhadap kepimpinan sebagai perdana menteri.

Beliau menyifatkan tindakan itu tidak adil kerana belum masih belum pun dilantik secara rasmi sebagai pemimpin nombor satu negara.

Najib juga menolak tanggapan bahawa keputusan pilihanraya kecil di tiga kawasan – Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai merupakan referundum rakyat terhadap kepimpinnya.

“Tidak, media yang kata referundum. Pilihanraya kecil bukanlah kayu ukur yang baik,” katanya.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: