Skip to content

Bahasa Melayu!

March 29, 2009

Bukankah bahasa itu menunjukkan bangsa? bila kita berbahasa melayu kita akan dipandang kampungan dan kurang berilmu. Sudah menjadi kebiasaan masyarakat dibandar mencampur adukan penggunaan bahasa melayu dan English, moden katanya. Inilah evolusi yang sedang berlaku pada bahasa kebangsaan kita. hanya mereka yang berkerja disektor awam sahaja menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa utama. Bangsa sudah dirojakkan dan sekarang bahasa kita pula sedang dirojakkan dan dikampungkan. Inilah nasib bahasa melayu, penggunaan tulisan jawi telah berjaya dipupuskan jangan pula bahasa melayu dipupuskan pula ya! mengamok hamba rakyat nanti.

Petikkan artikel dari Mentri Pelajaran Malaysia – Malaysiakini

Hisham jamin pertahan bahasa Melayu
Abdul Rahim Sabri | Mar 28, 09 12:26pm
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi jaminan bahawa apa juga keputusan yang dibuat, tidak akan terpesong dan akan terus mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.Hishammuddin yang baru terpilih sebagai naib presiden Umno dalam pemilihan kali ini, berkata beliau telah meneliti perbahasan perwakilan, termasuk dari Perak, Johor dan Selangor berhubung bahasa isu bahasa tersebut.

Dalam ucapan penggulungannya, beliau berkata, usaha untuk meningkat kedudukan bahasa Melayu bukan berkisar di sekitar program pembelajaran dan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) sahaja.

Sehubungan itu, Hishammuddin berkata kerajaan sedang menyusun langkah dan sedang dalam proses meminda Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk menguatkuasakan apa yang dipertanggungjawabkan kepada badan tersebut.

“Kita juga sedang meneliti untuk menukar kepada kurikulum yang lebih bersifat holistik dan tidak menekankan kepada peperiksaan semata-mata,” katanya.

Kurikulum ini, tegas Hishammudddin akan dikemukakan untuk menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR).

Katanya, matapelajaran sejarah juga akan dinilai semula dalam sistem pelajaran supaya generasi muda tidak buta sejarah.

Tujuannya adalah untuk memberi kefahaman yang tinggi terhadap Rukun Negara, Pelembagaan Umno, insitutsi Raja-raja Melayu dan proses kemerdekaan negara.

Hishammuddin juga berkata pelbagai cara telah dilakukan untuk memertabatkan profesyen perguruan dan memberi mereka peranan politik dalam negara.

Namun, katanya, pengorbanan, dedikasi, kecekalan dan semangat guru sekarang telah dipinggir dan “seterusnya (mereka) meninggal kita”.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan kepada kerajaaan supaya kakitangan kumpulan A dibenarkan berpolitik dalam Umno.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: