Skip to content

TANDA TANDA KIAMAT

March 14, 2009

TANDA TANDA KIAMAT
http://www.geocities.com/farouq1965/TPSM/5a.htm#AZAB%20KUBUR

Kita wajib beriman bahawa:

Kiamat itu tetap berlaku, tanpa syak lagi,

Masa berlakunya Kiamat Allah sahaja yang mengetahuinya.

Manusia kita tidak ada siapa yang mengetahuinya, juga para nabi dan rasul,

Tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui berapa lama lagi umur dunia ini.

Firman Allah yang mafhumnya:

“Mereka menanya kamu tenaang Hari Kiamat bilakah terjadinya? Katakanlah, sesungguhnya pengetahuan tentang Hari Kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku, tidak seorang pun yang dapat menjelaskan kedatangannya sampai ke Hari Kiamat selain dari Dia. Hari Kiamat itu adalah amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Hari Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba tiba. Mereka bertanya kamu seakan akan kamu benar benar mengetahuinya. Katakanlah, sesungguhnya pengetahuan tentang Hari Kiamat itu adalah di sisi ALLah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. ” (Al A’raf: 187)

Wajib kita beriman dengan alamat alamat Kiamat menurut keterangan keterangan yang sabit dari Rasulullah s.a.w. iaitu:

Alamat alamat yang kecil yang pada umumnya terdiri dari kerosakan manusia pada akhir akhir zaman, lahirnya fitnah fitnah di kalangan mereka dan jauhnya mereka dari petunjuk Allah dan para Rasul Nya.

Alamat alamat yang besar.

Di antara hadith hadith sahih yang menerangkan alamat alamat kecil bagi Kiamat ialah:

1. Sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:
“Dibangkitkan aku (dengan) Hari Kiamat seperti (di antara) dua jari ini. Baginda mengisyaratkan kepada jari telunjuk dan jari hantunya.” (Bukhari, Muslim. Tarmidhi)
Hadith ini membayangkan bahawa kebangkitan Rasulullah s.a.w. sebagai nabi dan Rasul adalah di antara tanda tanda hampir Kiamat. hadith ini juga menegaskan bahawa di antara Nabi Muhammad dengan Hari Kiamat tidak ada nabi lagi. Dan Kiamat akan datang selepas Nabi Muhammad s.a.w. Ini membuktikan hampirnya berlaku Kiamat.

Dalam hadith Jibril, yang dia datang menanya Rasulullah s.a.w. mengenai tanda tanda Kiamat:
Jawab baginda: Orang yang ditanya bukanlah lebih mengetahui dari. penanya.
Kata Jibril: Maka ceritalah kepadaku mengenai tandatanda Kiamat.
Jawab baginda: (Alamatnya) bahawa hamba perempuan akan melahirkan tuannya, Engkau melihat orang orang yang berkaki ayam bertelanjang, miskin, pengembala kambing berlumba lumba meninggikan rumah kediaman” (Bukhari, Muslim)

Daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tidak beriaku Kiamat: Hingga berbunuh bunuh oleh dua puak yang gagah, perbunuhan di antara kedua adalah hebat sedang seruan kedua dua puak adalah satu”
Hingga lahirlah Dajjal pendusta yang bilangannya hampir tiga puluh, masing masing mendakwa menjadi Rasul. Hingga dicabutkan ilmu, banyak berlaku gempa bumi masa menjadi hampir, lahirnya fitnah, berlaku pembunuhan yang sangat banyak, Hingga bertambun padamu harta kekayaan dan melimpah ruah sampai menjadi keberatan ke atas tuan harta siapakah yang akan menerima sedekahnya, sampai diberi kepada penerima sedekah, tetapi dia menjawab: Saya tidak berhajat kepadanya. Hingga manusia berlumba lumba meninggikan binaan, Hingga seorang lelaki melalui suatu kubur, maka dia berkata: moga moga aku menjadi orang yang mati, Hingga naik matahari dari pihak Barat Apabila matahari naik dari pihak Barat dan disaksi oleh manusia mereka sekalian akan beriman. Itulah dia masa yang iman seseorang tidak dapat memberi manfaat kepada dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia belum mengusahakan kebaikan dalam masa imannya.
Sesungguhnya akan berlaku Kiamat sedang dua orang letaki (penjual dan pernbeli) membuka kain baju di hadapan kedua dan tidak sempat menjualnya dan melipatkannya.
Dan sesungguhnya akan berlaku Kiamat sedang lelaki membawa batik susu untanya dan tidak sempat meminumnya.
Dan sesungguhnya akan berlaku Kiamat sedang dia membaiki bekas airnya dan tidak sempat dia meminumnya. Dan sesungguhnya akan berlaku Kiamat sedang dia mengangkat suapan makanan ke mulut dan tidak sempat dia rnemakannya.” (Bukhari)

Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s,a.w. bersabda: Sesungguhnya di antara tanda tanda Kiamat ialah: Terangkat ilmu, Lahirnya kejahilan,Tersebar banyaknya perbuatan zina, Diminum arak, Banyak bilangan perempuan, dan sedikit bilangan lelaki hingga jadilah bagi lima puluh orang perempuan seorang lelaki penjaga mereka.

Daripada Abi Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki menanya Rasulullah s. a. w: Bilakah (berlakunya) Kiamat? Baginda menjawab: Apabila telah hilang amanah maka tunggulah Kiamat Lelaki itu menanya: Bagaimand (cara) hilangnya? Baginda menjawab: Apabila diserahkan sesuatu urusan kepada bukan ahlinya maka tunggulah Kiamat” (Bukhari)

Daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Rasululiah s.a.w. bersabda: Tidak berlaku Kiamat hingga berperang oleh orang orang Islam dengan orang orang Yahudi. Maka orang orang Islam membunuh mereka hingga seorang Yahudi bersembunyi di belakang batu atau pohon kayu, ialu bercakap oleh batu dan pohon kayu itu: Wahai Muslim! Wahai hamba Allah! Ini orang Yahudi di belakang aku, marilah membunuhnya, kecuali pohon al-gharqad sahaja (yang tidak bercakap) kerana dia termasuk pohon kayu orang orang Yahudi.” (Bukhari. Muslim)

Adapun tanda yang besar mengenai Kiamat terdapat dalam hadithhadith sahih menyebut sepuluh tanda seperti dalam hadith Huzaifah bin Asad al Ghaffari menceritakan:

“Telah datang kepada karni oleh Nabi s.a.w. sedang kami dalam bermuzakarah (berbincang), Baginda bertanya: Apakah yang kamu sedang bermuzakarah? Kami menjawab: . Kami sedang mengingat Hari Kiamat. Baginda berkata: Hari Kiamat tidak akan berlaku hingga kamu dapat melihat sepuluh tanda tandanya, lulu baginda menyebutnya iaitu:

Keluarnya asap

Lahimya Dajjal

Keluarnya binatang melata

Naik matahari dari pihak Barat

Turun Nabi Isa bin Maryam s. a. w.

Keluarnya Ya’juj dan Ma’juj

Berlaku gerhana tiga kali: gerhana di sebelah timur

Gerhana di sebelah Barat

Gerhana di sebelah Semenanjung Tanah Arab

Dan akhir sekali keluarnya api dari tanah al Yaman yang menghalau manusia kepada tempat perhimpunan mereka.” (Muslim)

Di sini kami jelaskan tanda tanda Kiamat yang penting satu persatu menurut pendapat ulama’ hadith:

1. Naik Matahari dari Barat

Tanda ini adalah permulaan bagi perubahan yang berlaku pada undang undang alam dunia ini, dengan lahirnYa beberaPa Perkara yang tidak dibiasai oleh manusia, sebagai perisytiharan hampirnya berlaku Kiamat. Dan berlaku serentaknya perubahan undangundang alam ini secara total seperti yang diterangkan oleh ayat ayat al Qur’an di dalam beberapa surah. Maka awal awal perubahan itu ialah: Naik matahari dari pihak Barat yang menyalahi kebiasaan. Tuhan yang berkuasa menjadikan matahari naik di pihak Timur berkuasa pula mengubahkan undang undang, perjalanan alam ini dengan menaikkan matahari dari pihak Barat, kerana Allah adalah Pencipta, Pengatur dan Pengurus urusan alam ini.

Menurut keterangan setengah hadith menjelaskan bahawa tanda ini adalah awal awal tanda tanda besar bagi Kiamat yang mula mula lahir, kerana berdasarkan hadith Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang mafhumnya:

“Sesungguhnya tanda tanda Kiamat yang mula mula keluar ialah, naik matahari dart pihak barat dan keluar binatang melata ke atas manusia di waktu dhuha salah satu dart kedua keluar dahulu maka yang kedua akan mengiringkan segera.” (Muslim, Abu Dawud)

Ada pun naik matahari dari pihak barat ialah awal awal tanda besar yang mengiklankan perubahan keadaan di alam bahagian atas dan berakhir dengan berlakunya Kiamat. Barangkah keluarnya binatang melata itu berlaku pada hari naiknya matahari dari pihak barat. Dan hikmatnya ialah kerana naik matahari dari pihak barat adalah isyarat tertutupnya pintu taubat. Maka keluar binatang melata adalah membezakan di antara seorang mukmin dari seorang kafir, untuk menyempurnakan tujuan dari tutup pintu taubat. Dan awalawal tanda yang mengiklankan berlakunya Kiamat ialah lahirnya apt yang menghalau manusia dari pihak timur kepada pihak barat.

Kesimpulan dari penjelasan Ibn Hajar: Tanda tanda besar bagi Mamat adalah 3 jenis:

Tanda yang mengizinkan perubahan keadaan umum di bumi ini

Tanda yang mengizinkan perubahan keadaan di pihak atas

Tanda yang mengiklankan berlakunya Kiamat.

Oleh yang demikian, yang dimaksud dengan naik matahari dart barat yang sabit dalam hadith Abdullah bin ‘Arnru bin al-‘As sebagai tanda pertama ialah tanda tanda jenis yang kedua, iaitu tanda tanda yang apabfa lahirnya tertutuplah pintu taubat dan pintu iman.

Dan siapa yang tidak beramal saleh sebelum itu, sekalipun dia beriman maka amalannya selepas dari naik matahari dari pihak barat tidak members manfaat juga kepadanya.

2. Keluar Binatang Melata dari Bumi

Al Qur’an mengisyaratkan kepada tanda ini di dalam ayat yang mafhumnya:

“Dan apabila perkataan (yang menentukan datangnya masa kehancuran alam) telah jatuh ke atas mereka, Kami keluarkan sejenis binatang melata dari bums yang akan mengatakan kepada mereka bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat ayat (tanda tanda) Kami.” (An-Naml: 82)

Berhubung dengan keluarnya binatang melata dari bumi sebagai tanda Kiamat adalah sabit dalam beberapa hadith, sebahagiannya sahih seperti yang disebut, tetapi hadith hadith itu tidak menyentuh hal sifat sifat binatang ini yang Allah mengeluarkan sebelum sedikit Kiamat. Ada pun hadith hadith yang menyentuh hal sifat sifat binatang ini adalah hadith yang tidak sampai peringkat sahih. Bagi seorang yang beriman cukuplah dengan nas al-Sur’an dan nas al-hadith al-Sahih yang menegaskan bahawa:

Keluarnya binatang melata itu adalah satu tanda dari tanda tanda Kiamat,

Apabila sampai masanya tertutup pintu taubat dan apabila hukuman Allah telah wajib ke atas manusia sekalian maka sudah tidak diterima taubat dan dihukum manusia menurut keadaan dan kedudukan mereka sebelum itu. Ketika itulah Allah akan mengeluarkan binatang melata yang boleh bercakap dengan manusia. la mengenali manusia yang beriman dan yang kafir. Sekiranya manusia tidak pernah melihat binatang melata bercakap sebelum ini, maka Allah yang Maha Kuasa akan menjadikan binatang itu boleh bercakap serta difahami oleh manusia dan mengetahui bahawa percakapan binatang itu adalah perkara yang menyalahi adat kebiasaan yang keluarnya untuk mengisytiharkan hampirnya Kiamat, sedang manusia sebelum itu tidak beriman dengan tanda tanda Allah dan tidak percaya kepada Kiamat.

3. Lahir Dajjal

Dajjal ialah pendusta yang menutup kebenaran. Dajjal dalam bahasa Arab berasal dari ” ” yang bererti “menutup”. Orang yang mendusta dinamakan ” ” kerana dia menutup kebenaran dengan kebatilannya.

Di antara tanda tanda besar bagi Kiamat ialah lahir seorang pendusta yang Rasulullah s.a.w. menamakannya ” “. Ia mendakwa dirinya tuhan, berusaha memfitnahkan manusia supaya berpaling dari agamanya melalui kejadian kejadian yang menyalahi adat yang Allah izinkan kepadanya. Maka manusia terpedaya dengannya, dalam hal itu Allah meneguhkan hati orang yang beriman. Mereka tidak terperangkap dengan sebab perdustaan dan penyesatannya. Kemudian Allah izin melenyapkan fitnah ini, lalu turunlah Nabi Isa a.s. dan membunuh Dajjal.

Dalam kitab Syarah Sahih Muslim Imam al Nawawi ada menyebut: “hadith hadith yang dibawa datang oleh Imam Muslim dan imamimam lain berhubung dengan kisah Dajjal adalah merupakan hujah bagi mazhab ahlul haq tentang adanya Daajal. Ia adalah diri seorang manusia, yang dengannya Allah mengujikan manusia, kerana Allah memberi kepadanya sebahagian dari kekuasaannya seperti:

Dapat menghidupkan orang yang dia bunuh,

Lahir kesuburan dunia dan kemewahan bersama sama dengannya,

Lahir syurganya, nerakanya dan dua batang sungainya,

Tunduk segala perbendaharaan dalam perut bumi kepadanya,

Menyuruh langit supaya menurunkan hujan, maka turunlah hujan dengan perintahnya,

Menyuruh bumi supaya mengeluarkan tumbuhan, lalu tumbuhlah tanaman.

Semua itu berlaku dengan kekuasaan dan kehendak Allah, kemudian Allah menjadikan Dajjal itu lemah: Tidak kuasa membunuh manusia, perintahnya tidak didengari, dia akan dibunuh oleh Nabi Isa dan Allah akan menetapkan hati orang orang yang beriman.

Inilah pendapat AM al Sunnah yang terdiri dari semua ahli hadith, para fuqaha, dan ahli kaji, menyalahi dengan pendapat golongan alKhawarij, al Jahmiah dan sebahagian dari golongan al Mu’tazilah yang mengingkari demikian dan menyalahi dengan pendapat yang mengatakan “Dajjal memang ada, tetapi apa apa yang disebut mengenainya adalah khayalan dan kepercayaan yang tidak berasas” kerana mereka menyangka sekiranya kewujudan Dajjal itu benar, maka tidak diberi kepadanya mukjizat para Anbiya’.

Ini adalah pendapat yang salah, kerana Dajjal tidak mendakwa menjadi Nabi, malah mendakwa tuhan dan kekuasaan yang diberi kepadanya adalah untuk menguatkannya. Dia adalah pendusta yang membatalkan dakwaannya sendiri, berdasarkan:

Gambaran kedudukannya,

Ada tanda tanda makhluk pada dirinya,

Ketidaksempurnaan tubuh badannya,

Kelemahan dari menghilangkan matanya yang buta sebelah,

Kelemahan dari menghapuskan tanda tanda kufur yang tertulis di dahinya.

Berdasarkan kenyataan tersebut maka tidak terpedaya dengan Dajjal melainkan oleh orang yang hina dina, yang bertujuan menjadikan dapurnya berasap atau yang bimbang kepada nyawanya atau takut kepada penganiayaannya. Kerana fitnah yang ditaburkan itu adalah hebat, membingungkan akal, sekah pun kelahirannya sebentar sahaja. Kerana itu, bagi orang orang yang lemah fikiran tidak sampai memerhati keadaan Dajjal ini, tanda tanda kelemahannya lalu percayalah orang orang yang ingin percaya kepadanya.

Oleh yang demikian, para Anbia’ mengingatkan tentang fitnahnya, ketidaksempurnaannya dan tanda tanda kebatilannya. Ada pun orang orang yang diberi taufiq, mereka tidak terpeddya dan tertipu, kerana berdasar kepada pengetahuannya mengenai Dajjal dan kedustaannya.”

Di antara hadith hadith yang menyentuh hal Dajjal ialah:

Daripada Abdullah bin Umar r.a.ma berkata dia: Telah berdiri oleh Nabi s.a.w. di hadapan manusia, baginda memuji Allah dengan pugian yang dia berhak menerimanya. Kemudian baginda menyebut hal Dajjal dengan katanya: Sesungguhnya aku menyarnpaikan inzar kepada kamu tentang Dajjal, kerana tiap tiap orang Nabi, kesemuanya telah memberi inzar (peringatan) kepada kaum mereka, tetapi aku akan tambahkan untuk kamu satu perkara yang tidak disebut oleh nabi nabi dahulu, iaitu: Dajjal adalah mata buta sebelah, sedang Allah tidak buta.” (Bukhari, Muslim)

Daripada Huzaifah bin al Yaman r. a. daripada Rasulullah s.a.w., baginda bersabda: Sesungguhnya saya lebih mengetahui apa yang akan (lahir) bersama Dajjal dari Dajjal sendiri: Bersamanya dus batang sungai yang mengalir, yang pertama keiihatan air yang putih dan yang kedua kelihatan api yang bernyala nyala, apabila seseorang mendapat sungai yang pertama maka hendaklah (ia berpaling) dan datangilah sungai kedua yang dia melihat padanya api dan hendaklah dia memejam mata kemudian tundukkan kepala dan terus minum air daripadanya. Sesungguhnya sungai itu adalah air yang sejuk. Dan sesungguhnya Dajjal itu matanya buta sebelah, di matanya ada selaput putih yang tebal, tertulis di dahinya (kalimah) kafir, yang dapat dibaca oleh mukmin yang pandai menulis dan yang tidak pandai menulis.” (Muslim)

Daripada al-Nawas bin Sami’an, berkata dia: Pada suatu pagi Rasuluilah s.a.w. menyebut tentang Daajal, maka baginda merendah rendahkan (kedudukan) Daj,)al serta membesar besarkan (fitnahnya) hingga kami sangka bahawa Dajjal itu berada dalam satu dusun kurma (berdekatan dengan aIMadinah) ketika kami pergi (pula) kepada baginda, baginda mengetahui (tanda tanda kedukaan) pada muka kami. Baginda bertanya: Bagaimana keadaan kamu? Kami menjawab: Ya Rasulallah, engkau telah menyebut hal Dajjal suatu pagi, engkau merendah rendahkan (kedudukannya) dan engkau membesar besarkan (fttnahnya) hingga kami sangka bahawa dia berada di suatu dusun kurma (al Madinah) ini.
Baginda menjawab: Bukanlah Dajjal yang aku takut terhadap kamu, jika dia lahir sedang aku berada di dalam kalangan kamu maka akulah orang yang mempertahankan kamu, tetapi jika dia lahir sedang aku tidak ada di dalam kalangan kamu maka tiap tiap seorang masing masing mempertahankan dirinya. Allah jualah yang menggantikan aku (untuk mengawal setiap muslim) sesungguhnya Dajjal itu seorang pemuda yang berambut kerinting, matanya timbul hingga aku menyerupakannya dengan Abdul ‘Uzza bin Qathan. Maka barangsiapa dari kalangan kamu yang mendapatinya hendaklah dia membaca awal awal Surah alKahf. Dajjal akan keluar dari suatu tempat di antara Syarn dengan Iraq, lalu mengada adakan kerosakan di kanan dan di kiri. (Berkata baginda): Hai hamba hamba Allah! Hendaklah kamu tetap.
Kami bertanya: Ya Rasulallah, berapa lamakah dia menduduki di bumi ini?
Baginda menjawab: Empat puluh hari. (Ketika itu) satu hari (yang pertama) sama dengan satu tahun. Satu hari (yang kedua) sama dengan satu bulan. Dan satu hari (yang ketiga,) sama dengan satu Jum’at (minggu). Ada pun hari harinya yang baki lagi adalah sama dengan hari hari kamu.
Kami berkata: Ya Rasulallah, maka satu hari yang sama dengan satu tahun, apakah memadai bagi kami dengan melakukan solah seperti satu hari sahaja?
Baginda menjawab: Tidak, kamu hitungkanlah masa hari (yang panjang) itu dengan hari hari (biasa) kamu.
Kami bertanya: Ya Rasulallah, bagaimanakah kecepatan Dajjal di bumi ini?
Baginda menjawab: Seperti awan yang dipenuh oleh angin, dia mendatangi manusia, menyeru mereka. Mereka pun beriman kepadanya dan menyahut seruannya, lalu dia menyuruh langit supaya menurunkan hujan, maka hujanlah. Menyuruh bumi supaya mengeluarkan tumbuhan, maka tumbuhlah (tanaman), binatang ternakan kembali (dari ladang) dalam keadaan (isi) bonggol belakangnya ebih panjang dan labu susunya lebih besar (kerana terlalu kenyang dan subur). Kemudian Dajjal mendatangi suatu kaum, dia mengajak mereka, tetapi mereka menolak seruannya, lalu dia membelakangi mereka. Dan jadilah mereka dalam keadaan kemarau, di tangan mereka tidak ada sedikit pun harta benda. Dajjal melalui suatu tempat runtuh dan berkata kepadanya: Keluarkanlah perbendaharaan (emas dan perak) engkau. Maka isi perbendaharaan bumi itu pun (keluar) mengikut belakangnya seperti kumpulan madu mengikuti rajanya.
Kemudian Dajjai mengajak seorang pemuda yang penuh kemudaannya, lalu dipancungnya pemuda ttu dengan pedang dan dipotongnya menjadi dua kerat yang senggang di antara kedua sekadar panahan kemudian dia menyeru pemuda itu, maka pemuda itu pun (bangun) menghadapnya dengan air muka yang berseri seri dalam keadaan ketawa. Sementara demikian maka Allah bangkitkan al-Masih Isa bin Maryam, dia turun di menara putih di sebelah timur bandar Damsyik, dengan memakai dua kain yang bercelup waras dan zafaran. Dia meletak dua tangannya di atas sayap dua orang malaikat, apabila dia menundukkan kepalanya air bertitik dan apabila dia mengangkat kepalanya mengalir daripadanya air seperti permata lu’ lu’. Maka bila sahaja orang kafir mendapati angin nafasnya dia akan mati dan jauh angin nafasnya sejauh mata memandangnya. Lalu Nabi Isa mengejar Dajjal hingga mendapatinya di kampung yang bernama Bab Lad, berhampiran dengan Bait al Maqdis) lalu Nabi Isa membunuh Dajjal itu.” (Muslim, Tarmidhi)

Hadith ini dan lain lain lagi menjadi dalil yang kuat bagi ahl alSunnah dalam masalah wajib i’tiqad dengan kelahiran Dajjal, sifatsifatnya dan kesudahannya sebagaimana yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai salah satu tanda besar bagi Kiamat.

Jika ada orang membangkang: Bagaimana Allah melahirkan kekuasaan yang luar biasa kepada Dajjal, sedang kekuasaan luar biasa atau mukjizat itu tidak berlaku kecuali kepada para Nabi sahaja? Imam al Khattabi memberi jawapan:

“Kekuasaan demikian diberi kepada Dajjal di atas asas menguji manusia. Kerana di sisi mereka telah ada dalil dalil yang membuktikan bahawa Dajjal seorang pendusta, seruannya tidak benar, sebelah matanya buta, tertulis di dahinya (kalimah) kafir yang dapat dibaca oleh setiap muslim. Maka seruannya adalah lemah dan batil berserta dengan adanya tanda kekufuran, tandatanda ketidaksempurnaan pada dirinya dan kedudukannya, kerana kalaulah dia tuhan yang sebenar nescaya dia dapat menghapuskan tanda tanda itu dari mukanya. Maka kekuasaan dan mukjizat yang diberi kepada para Nabi maka ada bangkangan. Oleh yang demikian, maka berbezalah di antara kedua.”

Berkata Ibn Hajar:

“Bersama sama dengan Dajal itu ada tanda tanda yang terang bagi orang yang berakal yang menunjukkan kedustaan Dayal, kerana dia tersusun dari beberapa juzu’ susunan makhluk dan tanda tanda makhluk kelihatan nyata padanya, di sarnping adanya kecacatan pada matanya. Apabila dia menyeru manusia mengatakan: Ia adalah tuhan, maka orang yang berakal paling tidaknya mengetahui bahawa dia tidak boleh menciptakan makhluk yang Lain dan tidak boieh menyempurnakan makhluk itu. Dan tidak kuasa puia mengatasi kelemahan dirinya. Paling kurang dia mesti berkata: Hai Dajjal yang mengaku pencipta langit dan bumi, ciptakanlah diri engkau sendiri supaya sempurna dan hilangkanlah ke’aifan pada diri engkau. Dan jika engkau mendakwa bahawa Tuhan tidak boleh melakukan sesuatu pada dirinya, maka engkau tak usahlah mengada, cuma hilangkanlah tulisan kalimah “kafi r” di dahi engkau.”

4. Turun Nabi Isa

Ulama Islam telah bersepakat mengatakan bahawa Nabi Isa a.s. akan turun pada akhir zaman, waktu hampir hampir Kiamat, di saat adanya Dajjal kerana berdasarkan dalil dalil dari as Sunnah, Nabi Isa akan membunuh Dajjal, akan menghukum dengan syariat Islam, menghidupkan sunnah yang ditinggalkan oleh manusia. la berada di bumi pada masa yang Allah izin, kemudian dia mati. Umat Islam akan melakukan solah ke .atas jenazahnya dan mengkebumikannya.

Oleh yang demikian, setiap muslim berkewajipan:

mempercayai turunnya Nabi Isa a.s.,

mempercayai bahawa Nabi Isa a.s. tidak dibunuh oleh kaum Yahudi, malah dia diangkat oleh Allah dan dia belum mati hingga dia turun semula ke bumi sebelum berlaku Kiamat seperti keterangan al Qur’an yang mafhumnya:

“Dan kerana ucapan mereka (Ahl al Kitab) “Sesungguhnya kami telah membunuh Isa al Masih Isa bin Maryam, Rasulullah”, pada hal mereka tidak membunuhnya dan tidak pula mensalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang orang yang berselisih faham (tentang) pembunuhan Isa sebenarnya mereka dalam keragu raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu kecuali mengikut persangkaan belaka. Mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu Isa, tetapi (yang sebenarnya) Allah telah mengangkatkan Isa kepadaNya Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Tidak ada seorang pun dari Ahlul Kitab kecuali akan beriman kepada Isa sebelum kematiannya. Dan di Hari Kiarnat nanti Isa itu akan menjadi saksi terhadap mereka.” (An-Nisa’: 157-159)

Cuba renungkan ayat ( ) ertinya: Pada hal mereka tidak membunuhnya dan tidak pula mensalibnya tetapi (yang mereka bunuh itu ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka.

Dan dalam ayat ( ) ertinya: Dan tidak ada dari Ahlul Kitab melainkan akan beriman dengan Isa sebelum kematiannya. Imam bn Kathir dalam, tafsirnya ada menyebut: “Berkata Ibn Hajar: Di antara pendapat pendapat yang agak lebih betul iaitu pendapat yang mengatakan: Tidak tinggal seorang pun dari Ahlul Kitab setelah turunnya Nabi Isa a.s. melainkan akan beriman dengan Nabi Isa sebelum matinya. Memang tepat perkataan Ibn Hajar, kerana susunan ayat bertujuan menegaskan kepalsuan dan kebatilan orang orang Yahudi yang mendakwa membunuh Nabi Isa, mensalibnya dan pengakuan orang orang Nasrani yang jahil tentang hakikat Nabi Isa a.s. Maka Allah menerangkan bahawa Nabi Isa bukanlah dibunuh, malah diserupakan seorang lelaki dengan Nabi Isa, lalu mereka membunuh lelaki itu, sedang mereka tidak halusi tentang penyerupaan itu. Kemudian Allah mengangkatkan Nabi Isa kepadanya dan dia sekarang masih hidup dan akan turun ke bumf sebelum Kiamat sebagaimana sabit dalam beberapa hadith yang mutawatir. la akan menghapus kesesatan, mematahkan kayu salib (palang), membunuh babi, tidak menerima bayaran jizyah (yang dikenakan ke atas orang orang kafir). Ayat tadi menjelaskan bahawa semua Ahlul Kitab ketika itu akan beriman kepada Nabi Isa dan tidak ads seorang pun yang menyalahi.

Di antara hadith hadith sahih yang menyentuh hal turunnya Nabi Isa ialah:

“Daripada Abi Hurairah r.a. berkata ia, sabda Rasulullah s. a. w.: Demi Tuhan yang diriku di tangan-Nya, hampirlah Isa bin Maryam akan turun di kalangan kamu menjadi hakim adil, lalu dia mematahkan kayu palang, membunuh babi dan tidak menerima bayaran jizyah maka jadilah hartas benda limpah meluah hingga tidak ads seorang pun yang menerima sedekah dan hingga jadilah satu kali sujud lebih balk dari dunia ini dan segala isinya” (Bukhari, Muslim)

Berkata al Qadi ‘Iyad: ‘Turunnya Nabi Isa a.s. dan membunuh Dajjal adalah satu hakikat yang sahih di sisi ahlus Sunnah berdasarkan beberapa hadith yang sahih. Tidak ads suatu pandangan akal dan syara’ pun yang membatalkan hakikat itu, maka wajiblah mengisbatkannya, tetapi sebahagian dari al Mu’tazilah dan golongan yang menyetujuinya mengingkari hakikat itu. Mereka berpendapat bahawa hadith hadith itu boleh ditolak dengan berdasarkan:

Firman Allah ( ) yakni Nabi Muhammad s.a.w. adalah Nabi penghabisan, Penegasan Nabi s.a.w. ( ) yakni tidak ada lagi nabi selepas aku, ijma’ umat Islam bahawa tidak ada nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w, syariatnya berkekalan sampai Kiamat, tidak dinasakhkan.
Itu adalah hujah yang salah, kerana turunnya Nabi Isa a.s. bukanlah bererti dia adalah nabi baru, membawa syariat baru yang menasakhkan syariat Nabi Muhammad s.a.w. hadith hadith yang disebut tadi dan yang lain lain lagi tidaklah menunjukkan demikian. Malah menjelaskan bahawa Nabi Isa a.s. akan turun menjadi hakim yang adil, menghukum dengan syariat Nabi Muhammad dan menghidup kembali as Sunnah di dalam syariat baginda yang ditinggal oleh manusia.

Maksud dari menghilangkan bayaran jizyah ialah Nabi Isa akan membatalkan bayaran jizyah dari ahlul Kitab, kerana tidak akan diterima dart mereka kecuali al Islam. Ini bukanlah bererti Nabi Isa menasakhkan hukum bayaran jizyah dari syariat al Islam, tetapi hadith ini menunjukkan bahawa hukum bayaran jizyah dalam syariat al Islam telah hilang dengan sebab turunnya Nabi Isa a.s.

Maksudnya ialah keinginan manusia menghimpun harta benda mulai kurang kerana cita cita mereka telah pendek dan kerana kesedaran mereka tentang kehampiran berlakunya Kiamat dan keinginan mereka mentaati Allah bertambah banyak.

5. Timbul Ya’juj dan Ma’juj

Tanda ini telah disentuh oleh Allah di dalam firman-Nya:

“Kemudian dia (Zulqarnain) menempuh jalan (yang lain) hingga tatkala dia telah sampai ke tempat yang disinari matahari, dia dapati matahari itu menyinari segolongan umat yang kami tidak menjadi bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu (golongan manusia yang sangat miskin). Demikianlah, dan sesungguhnya ilmu Kami meliputi segala apa yang ada padanya, kemudian dia menempuh satu jalan (yang lain lagi) hingga tatkala dia telah sampai di antara dua buah gunung maka dia dapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: Hai Zulqarnain! Sesungguhnya Ya’juj dan Ma’juj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi ini, maka dapatkah kami memberi sesuatu pemberian kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dengan mereka. Zulqarnain berkata: “Apa yang telah dikuasai oleh Tuhanku padaku terhadapnya adalah lebih baik. Maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dengan mereka. Berilah kepadaku potongan potongan besi hingga tatkala besi itu telah sama rata dengan kedua puncak gunung itu, berkatalah Zulqarnain: Tiuplah (api) itu hingga apabila besi itu sudah menjadi merah seperti api, maka dia berkata pula: Berilah kepadaku tembaga (yang mendinding) agar aku tuangkan ke atas besi panas itu. Maka mereka tidak boleh mendakinya dan mereka tidak boleh pula melubanginya.

Zulqarnain berkata: “Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, tetapi apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu adalah benar. ” (Al‑Kahf 18: 92-98)

Sayyid Qutb telah mentafsirkan ayat ayat ini yang menceritakan tentang ketibaan Zulqarnain kesatu tempat di antara “dua dinding”, dimana tidak dapat dipastikan apakah dua dinding itu. Apa yang boleh diambil dari nas ayat ialah ; Zulqarnain telah tiba ke suatu tempat yang berada di antara dua gunung yang tabi’i atau mungkin dua dinding yang dibina. Di antara keduanya terdapat jalan lalu. Di situ terdapat satu kaum (yang hampir hampir tidak mengerti perbicaraan, kerana berlainan bahasa).

Ketika mereka mendapati Zulqarnain mempunyai kekuatan dan kebaikan, mereka telah meminta supaya beliau membina benteng untuk menyekat serangan Ya’juj dan Ma’juj yang akan masuk dan menyerang mereka melalui jalan lalu tersebut. Jika berjaya masuk, ia akan mengadakan berbagai kerosakan di bumi, sedang mereka tidak berkuasa menentangnya. Mereka akan membayar Zulqarnain dengan hadiah yang telah mereka himpunkan, berdasarkan manhaj yang dibawa oleh Zulqarnain untuk menentang serangan itu. Zulqarnain telah menolak tawaran tersebut, sebaliknya beliau sanggup membinanya dengan sukarela.

Dia berpendapat bahawa semudah-mudah cara untuk membinanya ialah dengan menyekat jalan lalu tersebut. Maka beliau meminta supaya kaum itu menolongnya dengan kekuatan alat dan kekuatan tenaga yang mereka ada. Berkata Zulqarnain, maksudnya: “…..maka tolonglah aku dengan kekuatan ( manusia dan alat-alat )agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka.” “Berilah aku potongan-potongan besi…”

Mereka pun menghimpun keratan keratan besi dan menyambungkannya di jalan lalu di antara dua gunung itu.

“…..hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkata Zulqarnain: ‘Tiuplah api itu’ . Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku tuangkan keatas besi panas itu”.

Inilah cara yang Allah tunjukkan kepada Zulqarnain, iaitu dengan mencampurkan tembaga ke dalam besi untuk menjadikan besi itu bertambah keras dan kuat. Kita perhatikan bahawa cara ini telah termaktub di dalam al Qur’an lama sebelum penemuan manusia ( hasil daripada pengalaman dan kajian berzaman. ) Dengan cara yang demikian tertutuplah jalan masuk Ya’juj dan Ma’juj ketempat tersebut.

“Maka mereka tidak kuasa mendakinya dan tidak kuasa pula menebuknya” seterusnya tidak kuasa menyerang kaum yang dha’if itu. Dapatlah mereka hidup dalam keadaan damai.

Zulqarnain memerhatikan hasil usaha besar yang dilakukannya itu tanpa merasa berbangga atau membesar besarkan diri, tidak takabbur dan terpedaya dengan kekuatan dan ilmunya. Beliau bersyukur dengan taufiq dan kekuatan dari Allah serta iklankan keimanan bahawa bukit, gunung dan segala dinding sekatan itu akan berlaga dan hancur sebelum Kiamat dan jadilah bumi ini terhampar rata.

Persoalan Sayyid Qutb :

Siapakah Ya’juj dan Ma’juj?

Di manakah Ya’juj dan Ma’juj hari ini?

Bagaimanakah keadaan mereka, dahulu dan sekarang?

Persoalan ini tidak mudah untuk dijawab secara tahqiq, kerana kita tidak mengetahui hakikatnya yang sebenar samada melalui ayat ayat alQur’an atau hadith hadith sahih.

Al Qur’an menyentuh hal ini melalui ayat yang bermaksud:

“Zulkarnain berkata: Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya) hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar.”

Firman Allah yang mafhumnya:

“Sampai waktu dibukakan (tembok sekatan) Ya’juj dan Ma’juj dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat tempat yang tinggi.. Dan (di waktu itu) telah dekatlah kedatangan janji yang benar (Hari Berbangkit) maka tiba tiba berbelalaklah mata mata orang orang kafir (serta berteriak): Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang orang yang zalim.” (Al Anbiyaa’: 96-97)

Ada pun hadith hadith sahih yang menyentuh hal Ya’juj dan Ma’juj adalah seperti berikut:

“Daripada Zainab binti Jahsy r.a.ha bahawa Rasulullah s. a. w. telah masuk menemuinya pada suatu hari dalam keadaan terkejut, Baginda berkata: “celakalah bagi bangsa Arab kerana kejahatan yang telah hampir, telah tembus hari ini sedikit dari dinding/pagan sekatan Ya’juj dan Ma’juj (yang dibina oleh Zulqarnain) seperti ini” Baginda membuat bulatan dengan dua jarinya: iaitu ibu jari dengan telunjuknya. Berkata Zainab bin Jahsy: “ Ya Rasulallah, apakah akan dibinasa kami sedang kami berada dalam kalangan orang orang yang saleh?” Jawab Baginda: “Ya; apabila banyak kejahatan” (Bukhari dan Muslim)

Hadith yang dikeluarkan oleh Muslim daripada anNawas bin Sum’an menyentuh hal ad Dajjal, turunnya Nabi Isa a.s, hal Ya’juj dan Ma’juj. Hadith ini ada menyebut:

“Dan Allah membangkitkan Ya’juj dan Ma’juj (dengan bilangan yang banyak) dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi, (tentera tentera) yang pertama dari mereka melalui di Tasik Thabiryyah (di negeri Syam) mereka minum dari tasik itu (sehingga habis) manakala (tentera tentera) yang terakhir dari mereka apabila melalui di tasik itu, mereka berkata:’Sesungguhnya di tasik ini dahulu ada air.” (Muslim, Tarmidhi)

Banyak lagi hadith hadith sahih yang menyentuh hal Ya’juj dan Ma’juj. Hadith-hadith tersebut mengingatkan tentang kerosakan yang lahir dari umat ini pada akhir akhir umur dunia. Kesimpulan dan pengajaran dari hadith hadith tersebut ialah orang orang yang beriman mestilah yakin dengan kedudukan Ya’juj dan Ma’juj yang dicerita di dalam al Qur’an dan hadith hadith yang sahih. Ada pun mengenai masa kelahiran Ya’juj dan Ma’juj , mengenai bentuk dan sifat sifat mereka serta tempat mereka berada sebelum mereka lahir, semua itu adalah perkara ghaib yang Allah swt sahajalah yang mengetahuinya.

6. Permulaan Hari Akhirat

Kita juga mesti beriman dengan ayat ayat al Qur’an yang menyentuh hal kejadian kejadian ngeri yang akan berlaku pada akhir umur dunia ini dan di permulaan Hari Akhirat, terutama ayat ayat di dalam Surah al Takwir dan Surah al Infithar.

Ayat ayat ini menjelaskan bahawa Hari Akhirat bermula dengan berlakunya perubahan secara total di alam cakerawala ini. Langit berpecah pecah, bintang bintang bertaburan, planet planet akan berlaga, bumi akan retak, bukit akan hancur, dan segala apa yang dikenali oleh manusia di alam ini semuanya akan binasa. Firman Allah yang mafhumnya :

“Pada hari (ketika bumi diganti dengan) bumi yang lain dan (demikian pula) langit. Dan mereka semuanya (di Padang Mahsyar) akan berkumpul menghadap kehadrat Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” (Ibrahim: 48)

Kejadian kejadian tersebut berlaku selepas dari tiupan sangkakala yang pertama, yang ditiup oleh Israfil dengan perintah Allah. Lalu matilah tiap yang ada di langit dan di bumi kecuali yang dikehendaki oleh Allah. Firman Allah yang mafhumnya:

“Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekalilagi,maka tiba tiba mereka berdiri menunggu (keputusan masing masing).” (Az‑Zumar: 68)

“Maka apabila sangkakala ditiup sekali tiup, dan diangkatlah bumi dan gunung gunung, lalu dibenturkan keduanya sekali bentur. Maka pada hari itu terjadilah hari Kiamat, dan terbelahlah langit, kerana pada hart itu langit menjadi lemah.” (Al-Haqqah: 13‑16)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang mafhumnya:

“Allah akan menggenggam bumi dan menggulung langit dengan tangan kananNya, kemudian Allah berkata: Akulah Raja, manakah raja raja di bumi (dahulu)?” (Bukhari)

7. Kebangkitan Manusia

Kita wajib pula beriman bahawa Allah Ta’ala memerintah supaya ditiup sangkakala kali kedua, yang mana selepasnya matilah semua yang hidup. Kemudian Allah mengeluarkan manusia dari kubur mereka.

Dihari inilah dibangkitkan semua manusia dengan ruh dan jasadnya seperti keadaan mereka di dunia dahulu. Dihari inilah orang orang kafir dan orang orang munafiq akan berkata:

“Aduhai, celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur (kubur) kami” (Yasin: 52)

Ada pun orang orang yang beriman akan berkata:

‘Inilah yang janjikan (Tuhan) Yang Maha Pemurah dan benarlah Para Rasul’ (Yasin: 52)

Dan sabit dari beberapa hadith sahih bahawa Nabi s.a.w. adalah awal awal mereka yang keluar dari kubur, seperti sabda Baginda:

“Akan matilah manusia ketika (ditetapkan masa) bagi rnereka, maka akulah awal awal mereka yang bangkit (dari kubur). Tiba tiba Nabi Musa bergantung di ‘Arasy. Maka aku tidak mengetahui apakah ia termasuk dalam golongan orang orang yang mati (atau tidak?)” (Bukhari)

8. Perhimpunan di Padang Mahsyar

Kita beriman bahawa perhimpunan di Padang Mahsyar adalah selepas bangkit dan keluar dari kubur. Firman Allah yang mafhumnya:

“Ingatlah hari yang Kami akan mengumpulkan orang orang yang bertaqwa kepada Tuhan Yang Maha Pemurah sebagai perutusan yang terhormat dan Kami akan menghalau orang orang yang derhaka ke neraka Jahannam dalam keadaan dahaga.” (Maryam: 85‑86)

Perhimpunan pada hari ini adalah perhimpunan di suatu tempat untuk menunggu keputusan Allah terhadap manusia. Selepas itu Allah menyuruh malaikat menuntun manusia kepadang Mahsyar. Keadaan manusia pada hari itu samalah dengan keadaan mereka semasa keluar dari perut ibu iaitu berkaki ayam, bertelanjang dan tidak berkhatan. Kenyataan ini adalah berdasarkan hadith:

Daripada ‘Aisyah r. a. ha, ia berkata:” Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Dihimpun manusia pada HariKiamat dalam keadaan berkaki ayam, bertelanjang dan tidak berkhatan.’ Lalu berkata ‘Aisyah: ‘Wahai Rasulullah, kalau begitu, manusia di hari itu dapat melihat (aurat) yang lain’. Baginda menjawab:’ Wahai ‘Aisyah, urusan di hari itu lebih dahsyat daripada melihat seorang akan (aurat) yang lain.” (Muslim)

Daripada Abdullah bin Abbas r.a.ma, berkata ia: “Rasulullah s.a.w. pernah berkhutbah dengan berkata: ‘Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan dihimpun kepada Allah di Mahsyar dalam keadaan berkaki ayam, bertelanjang dan tidak berkhatan’, kemudian Baginda membaca ayat: maksudnya: ‘Sebagaimana Kami telah memulai penciptaan pertama, begitulah Kami akan mengulanginya. Itu suatu janji yang pasti Kami tepati. Sesungguhnya Kamilah yang akan melaksanakannya’. Kemudian Baginda bersabda: ‘Ketahuilah, bahawa awal awal makhluk yang diberi pakaian di Hari Kiamat ialah Nabi Ibrahim. Ketahuilah bahawa sesungguhnya akan dibawa datang lelaki dari umatku, kemudian ditarik oleh mereka dari pihak kiri (neraka). Maka aku berkata: ‘Sesungguhnya engkau tidak mengetahui apakah mereka telah lakukan selepas (wafat engkau) maka aku berkata sebagaimana seorang hamba yang saleh ( Isa bin Maryam) berkata: maksudnya, “Dan aku adalah penyaksi terhadap mereka selama aku berada di kalangan mereka. Manakala Engkau mematikan aku maka Engkau adalah pemerhati di atas mereka”. Lalu dijawab (kepadaku): ‘Sesungguhnyamereka itu masih dalam keadaan murtad sejak dari engkau meninggal dunia”

Di tempat perhimpunan, manusia akan menemui bencana dan huru hara yang dahsyat. Al Miqdad bin al Aswad meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Pada Hari Kiamat matahari akan menghampiri manusia hingga jadilah ia (hampir) dengan manusia hanya sekadar satu mil. Maka jadilah manusia dalam peluh mengikut kadar amalan masing masing. Ada di antara mereka (peluh) sampai kepada dua buku lalinya, ada di antara mereka sampai kepada lututnya, ada di antara mereka sampai kepada pinggangnya dan ada di antara mereka peluh membelit tengkuknya; dan Baginda mengisyarat dengan tangannya kepada mulutnya” (Muslim)

Dalam keadaan demikian ada golongan manusia yang berada di bawah naungan Allah sebagaimana yang diterangkan oleh Rasulullah s.a.w:

“Tujuh golongan manusia, Allah naungi mereka di bawah naunganNya pada hari ( KiamaT ) yang di hari itu tidak ada sebarang naungan kecuali naungan Allah (mereka itu ialah):

Imam ( ketua pemerintahan ) yang adil,

Pemuda yang hidup dalam beribadah kepada Allah,

Lelaki yang hatinya terikat dengan masjid,

Dua orang lelaki yang berkasih kerana Allah, berhimpun kerana Allah dan bercerai kerana Allah

Lelaki yang dimintai (melakukan perbuatan zina) oleh perempuan yang berpangkat dan cantik, lalu ia berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada Allah”

Lelaki yang bersedekah kemudian menyembunyikan sedekah itu hingga tidak mengetahui oleh tangan kanannya apa yang dibelanja oleh tangan kirinya,

Dan lelaki yang berzikir ( ingat ) kepada Allah dalam keadaan berseorang diri hingga mengalir air matanya. ”

Dalam keadaan dahsyat dan huru hara di Padang Mahsyar itu, mereka memohon syafa’at dari Allah melalui para Rasul dan Nabi supaya menyelamatkan mereka dan meminta supaya dipercepatkan hukuman terhadap mereka. Setiap Rasul menyerahkan hak memberi syafa’at kepada rasul rasul yang kemudian dari mereka hingga sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w, lalu baginda memberi syafa’at kepada mereka; dan syafa’atnya diterima oleh Allah. Kemudian manusia .menerima kata kata putus terhadap diri mereka masing masing.

9. Balasan Amal

Kita beriman bahawa setiap orang hamba akan menerima balasan amalannya, iaitu balasan kepada setiap amalan baik dan jahat yang dilakukan oleh semasa hidup di dunia ini. Firman Allah:

“Pada hari itu, Allah akan memberi mereka balasan yang setimpal menurut semestinya. Dan ketahuilah mereka bahawa Allahlah yang benar lagi yang menjelaskan (segala sesuatu menurut hakikatnya yang sebenar ).” (An Nur : 25)

Hari Agama yang disebut di dalam al Qur’an ialah Hari Balasan. Sekadar mana manusia tunduk dan patuh kepada Allah, maka sekadar itulah mereka akan dibalas. Firman Allah yang mafhumnya:

“Barangsiapa yang datang dengan (membawa) kebaikan,maka baginya ( pahala ) yang lebih baik daripada kebaikan itu. Dan siapa yang datang dengan ( membawa) kejahatan maka tidaklah diberi pembalasan kepada orang yang mengerjakan kejahatan itu melainkan ( seimbang ) dengan apa yang dahuIu mereka kerjakan” (Al-Qasas: 84)

Sabda Rasulullah s.a.w. menceritakan firman Allah (hadith Qudsi):

“Wahai hamba hambaKu, sesungguhnya itulah amalan amalan kamu yang Aku hitungkan untuk kamu, kemudian Aku sempurnakan barangsiapa yang mendapati (balasan) yang baik maka hendaklah ia memuji Allah dan siapa yang mendapati ( balasan) yang sebaliknya maka janganlah ia cela melainkandirinya sendiri.” (Muslim)

10. Hisaban Amal

Kita beriman bahawa pembalasan terhadap manusia itu berlaku selepas pengadilan yang cukup adil, iaitu dihadapkan manusia ke hadrat Allah; didirikan saksi-saksi yang menyaksikan kebaikan mereka dan yang menyaksikan kejahatan mereka. Mereka pun menyaksi amalan mereka sendiri dan mengakui amalan mereka itu.

Wajib kita beriman bahawa adanya penghadapan ke hadrat Allah, hisaban amalan dan pembacaan surat amalan itu. Kerana semua itu adalah kenyataan yang dibuktikan oleh al Qur’an, al Sunnah dan Ijma’ Ulama al Muslimin.

Berhubung dengan penghadapan manusia di hadapan Allah itu, dalilnya ialah firman Allah:

“Maka pada hari itu terjadilah (hari) Kiamat. Dan terbelahlah langit, kerana pada hari itu langit menjadi lemah. Dan malaikat berada di penjuru penjuru langit. Dan pada hari itu, lapan orang malaikat menjunjung ‘Arasy Tuhanmu di atas (kepala) mereka, pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Tuhanmu), tiada suatu pun dari keadaanmu yang tersembunyi (bagi Allah).” (Al-Haqqah: 15‑18)

Juga firman Allah yang mafhumnya:

“Dan mereka akan dibawa ke hadapan Tuhanmu dengan berbaris. Sesungguhnya kamu datang kepada Kami sebagaimana Kami menciptakan kamu pada kali yang pertama. ” (Al‑Kahfi:. 48)

Setiap Muslim wajib beriman bahawa setiap orang hamba akan dihadapkan kepada Allah dan Allah menghisabkan amalannya, tanpa wasitah atau perantaraan. Diriwayatkan dari ‘Adi bin Hatim r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang mafhumnya:

“Daripada ‘Adi bin Hatim r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak ada seorang pun dari kamu melainkan Allah akan bercakap dengannya di Hari Kiamat, tidak ada antaranya dengan Allah penterjemah. Kemudian ia .memandang maka tidak nampak sesuatu pun di hadapannya. Kemudian ia memandang di hadapannya maka disambut oleh api neraka. Maka barangsiapa yang berkuasa menjauhi dirinya dari api neraka walau pun (dengan kebajikan bersedekah) sebelah buah tamar (maka hendaklah ia berbuat demikian).

Termasuk dalam erti menghadap Allah juga ialah; diperlihatkan amalan manusia yang dengan nya akan mengakulah empunya amalan itu akan dosa dosanya. Jika ia termasuk dalam golongan orang orang yang selamat, iaitu orang-orang yang diberi surat amalannya dari pihak kanan, maka Allah akan mengampunkan dosanya, memudahkan hisabannya, memasukkannya ke dalam syurga dan tidak menyeksanya di dalam neraka. Ada pun mereka yang banyak maksiatnya iaitu mereka yang diberi surat amalannya dari pihak belakang maka ia akan dihisab, disoal satu persatu, setiap dosa kecil dan besar. ‘Aisyah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, yang mafhumnya:

“Tidak ada seorang pun yang dikenakan hisab (dengan halus) di Hari Kiamat melainkan ia akan binasa. Maka Aku berkata: Ya RasuluLlah, tidakkah Allah berfirman maksudnya: ‘Maka ada pun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya maka ia akan dihisab dengan hisaban yang mudah?’ Baginda menjawab: Itu adalah penghadapan manusia di hadapan Allah. Dan tidak ada seorang pun yang dikenakan hisab di Hari Kiamat kecuali ia akan diseksa.” (Bukhari)

Menerima dan membaca surat amalan di Hari Kiamat adalah satu kebenaran yang mesti diterima dan diimani. Sesiapa yang mengingkarinya adalah kufur.

Firman Allah yang mafhumnya:

“Dan tiap tiap orang manusia itu Kami tetapkan amalan perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalungan) padalehernya.. Dan Kami akan keluarkan baginya pada Hari Kiamat surat yang dijumpainya dengan terbuka. Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini penghisab terhadapmu. ”

Juga wajib kita beriman mengenai hal ini berdasarkan ayat:

“Hai manusia! Sesungguhnya kamu teIah bekerja dengan sungguh sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemuiNya. Ada pun orang orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya maka dia akan dihisab dengan hisaban yang mudah. Dan ia akan kembali kepada kaumnya (yang sama sama beriman) dengan gembira. Ada pun orang orang yang diberikan kitabnya dari belakangnya , maka ia akan berteriak: Celakalah aku, dan ia akan masuk ke dalam api neraka yang menyala nyala. Sesungguhnya ia dahulu (di dunia) gembira di kalangan kaumnya (yang sama sama kafir). Ia menyangka bahawa ia sekali kali tidak akan kembali (kepada Tuhannya). (Bukan demikian), yang benar sesungguhnya Tuhan selalu melihatnya.” (Al‑Insyiqaq : 6‑15)

Maksud surat amalan yang dibaca oleh sekalian hamba itu ialah surat surat yang ditulis oleh malaikat akan segala perbuatan manusia di dunia ini. Sebagaimana kita mengetahui bahawa salah satu dari Rukun Iman ialah percaya kepada malaikat dan tugastugas mereka mengikut keterangan yang dicerita oleh Allah secara ijmal dan tafsil, maka wajib kita beriman bahawa Allah telah mengutuskan mereka kepada kita sebagai:

Penjaga kita,

Penulis amalan dan perkataan kita, iaitu malaikat Kiraaman Kaatiban yang dijelaskan oleh Allah yang mafhumnya:

“Pada hal sesungguhnya bagi kamu (malaikat malaikat) yang menguasai (pekerjaan kamu), yang mulia di sisi Allah, yang mencatit (pekerjaan kamu itu). Mereka mengetahui apa yang kamu buat.” (Al‑Infithar: 10‑12)

Dan penjelasan Allah yang mafhumnya:

“(Allah berfirman): Inilah kitab (catitan) Kami, yang menuturkan terhadapmu dengan benar, kerana sesungguhnya Kami telah menyuruh mencatit apa yang telah kamu kerjakan.” (Al-Jaathiah: 29)

Maka catitan yang ditulis oleh malaikat itu akan dapat dibaca oleh setiap orang hamba.

Maksud hisaban amalan ialah : keadaan manusia sebelum dari berpindah ke Padang Mahsyar bergantung kepada amalan, perkataan dan aqidah pegangan mereka, yang baik atau yang jahat. Kemudian mereka akan mengambil surat amalan, lantas mengaku dengan amalan mereka, mengaku balasan ni’mat atau balasan azab yang akan diterima.

Firman Allah yang mafhumnya:

“Kemudian kepada Tuhan mereka kembali, maka Dia akan beritahu mereka dengan amalan yang mereka lakukan.” (Al-An’am: 108)

Mengenai hisaban amalan, kedudukan manusia berbeda mengikut keadaan mereka, yang bergantung pada amal perbuatan mereka didunia:

Segolongan dari mereka akan dihisab dengan hisaban yang mudah: Dibentangkan amalan mereka dan Allah memerhati amalan jahat mereka yang tidak dapat dilihat orang lain, lalu Allah ampunkan kejahatan lalu dan diperintah memasuki syurga.

Segolongan dari mereka pula dihisab dengan teliti, disoal satu persatu, diminta hujjah dan alasan, tetapi tidak diterima, maka binasalah mereka beserta dengan orang orang yang binasa. Allah perintahkan kepada malaikat supaya menyebut amalan jahatnya, lalu terbongkarlah di hadapan khalayak ramai.

Oleh yang demikian, orang orang mukmin mestilah menghitung amalannya sebelum Allah menghitungnya di Hari Kiamat.

Segeralah berlumba lumba mengerjakan amal soleh sebelum terluput peluang serta bersiap sedialah untuk dihitung.

Firman Allah yang mafhumnya:

“Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti Kami mendatangkan (pahalanya) dan cukuplah Kami menjadi orang yang membuat perhitungan (hisaban)” (Al-Anbiyaa’ : 47)

Dan sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:

Tidak bergerak oleh dua kaki seorang hamba (waktu bangkit di Hari Kiamat) hingga ditanya (empat perkara ini):

Mengenai umurnya, ia menghabiskan untuk apa?

Mengenai ilmunya, apa di buat dengan ilmunya itu?

Mengenai hartanya, dari mana ia dapat dan untuk apa ia belanjakannya?

Mengenai jasadnya, bagaimana ia membinasakannya?

Kita dapati beberapa hadith sahih yang menjelaskan bahawa Allah akan mengutamakan satu golongan dari umat Nabi Muhammad s.a.w; mengecualikan mereka dari hisaban amalan dan memasukkan mereka ke dalam syurga tanpa hisab dan azab. Hadith dari Abi Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang mafhumnya:

“Akan masuk syurga dari umatku ini tujuh puluh ribu orang tanpa hisab” (Muslim)

Adapun cara hisaban amalan, maka kita beriman dengan keterangan al Qur’an dan as Sunnah tanpa melebih dan mengurang, tidak menanya lebih dari yang disebut. Kita beriman bahawa Allah akan memberitahu hambaNya segala amalan baik dan jahatnya yang dikerjakan di dunia.

Mereka yang diizin oleh Allah bersaksi, akan bersaksi ke atas amalan manusia: Bumi bersaksi dengan kejadian kejadian yang berlaku di atasnya seperti firman Allah yang mafhumnya:

“Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat) dan bumi telah mengeluarkan bebanan bebanan berat (yang dikandungnya) dan manusia bertanya: Mengapa bumi jadi begini? Pada hari itu bumi menceritakan beritanya, kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (demikian itu) kepadanya. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacarn macam supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Maka barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun nescaya ia akan melihat (balasannya) dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun nescaya akan melihat (balasannya) pula” (Al Zalzalah : 1-8)

Dan seperti keterangan hadith Abi Hurairah

“Rasulullah s.a.w. telah membaca ayat, ertinya: Pada hari itu bumi akan menceritakan beritanya. Lalu baginda bertanya: Adakah kamu tahu apakah berita berita (yang dikeluarkan oleh burni) itu? Mereka menjawab: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda berkata: Berita (yang dikeluarkan oleh bumi) itu ialah penyaksiannya di atas setiap orang hamba lelaki dan perempuan dengan amalan amalan yang mereka lakukan di permukaannya, dengan katanya: Ia telah berbuat amalan sekian sekian, pada hari sekian sekian. Tegas baginda: Inilah berita berita (yang dikeluarkan oleh) bumi.”

Dalam hisaban amalan itu, anggota anggota badan manusia; lidah, tangan, kaki, kulit dan lain lain akan bersaksi di atas amalan hamba. Dalam hisaban amalan itu juga, musuh musuh Allah akan membantah saksi saksi itu, seperti firman Allah yang mafhumnya:

“Dan (ingatlah) hari (ketika) musuh musuh Allah digiring ke dalam neraka, lalu dikumpulkan mereka (semuanya) sehingga apabiIa mereka sampai ke neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi terhadap mereka tentang apa yang telah mereka kerjakan. Dan mereka berkata kepada kulit mereka: Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami? Kulit mereka menjawab: Allah yang menjadikan segala sesuatu pandai berkata telah menjadikan kami pandai (pula) berkata. Dan Dialah yang menciptakan kamu pada kali yang pertama dan kepadaNyalah kamu dikembalikan. Kamu sekali kali tidak dapat bersembunyi dari persaksian pendengaran, penglihatan dan kulitmu terhadap kamu, bahkan mereka mengira bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dari apa yang kamu kerjakan.” (Fusilat: 19‑22)

Rahmat Allah waktu hisaban amalan adalah bagi hambaNya yang mukmin, tidak kepada hamba hamba yang kafir. Allah bersendirian dengan hambaNya yang mukmin, menjadikannya mengaku dengan dosa dosanya, tetapi Allah menutupnya dan memudahkan hisabannya sebagaimana penegasan Rasulullah s.a.w. yang diceritakan oleh Ibn Umar, iaitu:

“Ditanya Ibn Umar: Bagaimana engkau mendengarRasuiullah berkata mengenai bisikan (Allah dengan hamba hambaNya yang mukmin pada HariAkhirat)?Berkata Ibn Umar: Aku mendengar Rasulullah s.a.w berkata:

‘Seorang dari kamu akan berhampiran dengan Tuhannya hingga Allah meletakkan keampunan ke atasnya.. Allah berkata: Adakah engkau telah mengerjakan sekian sekian? la menjawab: Ya. Allah berkata lagi: Adakah engkau telah mengerjakan sekian sekian? Ia menjawab: Ya. Allah berkata: Sesungguhnya Aku tutupkan dosa dosa engkau di dunia dan hari ini Aku ampunkan bagi engkau . Lalu diberi kepadanya surat amalan baiknya. Ada pun orang orang kafir maka diseru di hadapan khalayak ramai: Mereka inilah orang orang yang mendustakan Tuhan mereka dan laknat sahajalah ke atas orang orang yang Zalim.’ (Bukhari, Muslim)

11. Kolam Air

Wajib kita beriman kepada keterangan Nabi s.a.w. mengenai kolam air, yang Allah kurniakan kepada Nabi dan umatnya; kerana hadith yang menerangkan hal itu sampai ke peringkat mutawatir, yang diriwayat oleh lebih dari tiga puluh orang sahabat.

Orang yang pertama tama mendatangi kolam air ini ialah Nabi kita Muhammad s.a.w, kemudian diikuti oleh umatnya. Orang orang kafir ditahan dari kolam ini, begitu juga golongan yang derhaka dan yang mengerjakan dosa besar.

Mendatangi kolam ini berlaku selepas terjadinya perhimpunan di Padang Mahsyar yang mengandungi huru hara, selepas selesai penghadapan di hadapan Allah, hisaban amalan, membaca surat amalan dan lain-lainnya.

Berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w.:

“Sayalah yang mula mula mendatangi kolam air. Sesiapa yang mendatanginya akan dapat minum dan siapa yang dapat minum ia tidak akan merasai. dahaga selama-lamanya. Dan sesungguhnya akan datang kepadaku beberapa kaum yang aku kenal mereka dan mereka kenal aku. Tetapi disekatkan di antara aku dengan mereka. Baginda menjelaskan lagi: Mereka itu adalah umatku. Lalu dikatakan kepadaku: Engkau tidak mengetahui apakah mereka telah lakukan selepas engkau (wafat). Maka aku pun berkata: Celakalah, celakalah, bagi mereka yang mengubahkan (agama) selepas aku.” (Muslim)

“Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah keluar pada suatu hari, Baginda hendak melakukan solah ke atas para pahlawan yang mati syahid dalam peperangan Uhud sebagaimana solah jenazah (ke atas mayat yang bukan mati syahid) (tetapi hal itu tidak dilakukan), maka Baginda kembali kepada mimbar lalu berkata: Sesungguhnya aku mendahului kamu, dan aku juga menjadi saksi di atas kamu, demi Allah, aku sekarang melihat kolamku. Dan sesungguhnya aku diberi kunci gedung (kekayaan) bumi, demi Allah, aku tidak takut kamu mensyirikkan Allah (kerana aku yakin kamu tidak akan melakukan demikian), tetapi yang paling aku takut ialah kalau kamu berlumba lumba berebut harta dunia sepeninggalan aku” (Bukhari, Muslim)

Daripada Asma’ binti Abi Bakar r.a.ma bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya aku berada di atas (tepi) kolam airku, hingga aku melihat orang orang yang datang kepadaku dari golongan kamu. Dan sesungguhnya ditarik manusia yang hendak datang kepadaku, lalu aku berkata: Wahai Tuhanku, mereka itu adalah daripadaku dan daripada umatku. Maka dijawab kepadaku: Tidakkah engkau mengetahui apakah yang mereka lakukan selepas dari (wafat) engkau? Demi Allah, selepas engkau (wafat) mereka masih kembali kepada agama kufur.” (Muslim)

Kita beriman kepada kolam air ini mengikut sifat sifatnya yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. Kita memahaminya menurut nas-nas hadith tanpa menambah dan mengurang.

Penulis kitab ” “berkata:

“Kesimpulan dari hadith hadith yang menyentuh hal sifat kolam adalah seperti berikut:

Ia adalah sebuah kolam air yang besar,

Ia adalah tempat minum yang mulia,

Ia adalah lanjutan dari minuman dalam syurga,

dari kolam al Kauthar,

airnya lebih putih dari susu,

lebih sejuk dari air batu,

lebih manis dari manisan madu,

lebih harum dari kasturi

Ia adalah sebuah kolam yang sangat luas:

panjang dan lebarnya adalah sama,

jarak antara dua tebing kolam ini kadar perjalanan sebulan. Dan dalam setengah riwayat menerangkan: tiap kali diminum darinya ia akan bertambah luas.

Maka Maha Suci Tuhan yang tidak ada sesuatu pun boleh melemahkannya.

Di antara hadith hadith yang menerangkan sifat kolam air ini ialah:

“Daripada Abdullah bin ‘Amru r.a.ma is berkata: Sabda Rasulullah s.a.w: Kolam air aku ini (luas kadar) perjalanan satu bulan, airnya lebih putih dari susu, baunya lebih harum dari kasturi, alat penceduknya (bertaburan) seperti bintang bintang di langit. Siapa yang meminumnya ia tidak akan dahaga selama lamanya.” (Bukhari, Muslim)

Ringkasnya, hadith hadith yang menerangkan sifat kolam air ini adalah banyak, sampai ke peringkat mutawatir. Mempercayainya termasuk dalam al Iman.

Berkata al Qadi ‘Iyad:

“Hadith hadith yang menceritakan hal kolam air ini adalah sahih. Beriman kepadanya adalah satu fardu, mempercayainya adalah termasuk dalam al Iman. Menurut pendapat pendapat ahIus Sunnah wa al Jama’ah: Sifat kolam air ini adalah seperti yang dijelaskan oleh zahir nas hadith, kita tidak menta’wil dan berselisih tentangnya,. kerana hadith itu adalah mutawatir sanadnya, diriwayat oleh kumpulan yang ramai dari para sahabat. Hadith ini dikeluarkan oleh Muslim daripada riwayat Abdullah bin ‘Amru bin al ‘As, ‘Aisyah, Ummu Salamah, ‘Uqbah bin ‘Amir, Abdullah bin Mas’ud, Huzaifah bin al Yaman, Harisah bin Wahab, at Mustaurad, Abi Zar, Thauban, Anas bin Malik dan Jabir bin Samurah.”

Juga dikeluarkan oleh imam imam lain daripada riwayat Abi Bakr al Siddiq, Zaid bin Arqam, Abi Umamah, Abdullah bin Zaid, Abi Barazah, Suwaid bin Jabalah, Abdullah bin al Sanabihi, al Bara’i bin Azib, Asma’ binti Abi Bakr, Khawalah binti Qais dan lain lain lagi. Sebahagian dari nama nama sahabat yang disebut ini sudah pun menunjukkan bahawa hadith mengenai kolam air ini adalah mutawatir.

Setengah hadith hadith sahih yang lain menerangkan bahawa tiaptiap orang Nabi ada kolam air mereka, tetapi kolam air Nabi kita Muhammad s.a.w adalah lebih besar, lebih manis dan lebih banyak orang yang mendatanginya.

12. Neraca Timbangan

Wajib kita beriman kepada penerangan Allah dan Rasul Nya mengenai amalan baik dan jahat manusia akan ditimbang di Hari Kiamat, demi membuktikan keadilan Allah.

Firman Allah yang mafhumnya:

“Dan Kami akan memasang timbangan yang tepat pada Hari Kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang sebarang sedikit. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawi pun pasti Kami mendatangkan (pahalanya) dan cukuplah Kami menjadi orang yang membuat perhitungan.” (Al‑Anbiya’: 47)

“Timbangan pada hari itu ialah kebenaran (keadilan), maka siapa yang berat timbangan kebaikannya maka mereka itulah orang orang yang beruntung. Dan siapa yang ringan timbangan kebaikannya maka mereka itulah yang merugikan dirinya sendiri, disebabkan mereka selalu mengingkari ayat ayat Kami.” (Al‑A’raf: 8‑9)

“Dan adapun orang orang yang berat timbangan (kebaikannya) maka dia berada dalarn kehidupan yang memuaskan. Dan ada pun orang orang yang ringan timbangan (kebaikannya) maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiah.” (Al‑Qaari’ah: 6‑9)

Hadith hadith yang menerangkan hal timbangan amalan menunjukkan neraca timbangan yang hakiki, yang mempunyai dua daun. Allah akan pindahkan amalan hamba menjadi benda yang boleh ditimbang dan mempunyai berat, lalu diletak amalan baik di satu daun dan amalan jahat di daun yang kedua.

Mengenai neraca timbangan ini Imam Ibn al Qaiyim berqasidah:

Apakah kamu tidak percaya bahawa amalan hamba akan diletak di neraca timbangan di Hari Hisaban.
Kadang kala amalan itu berat dan kadang kala ringan.
Di dalam al Qur’an ada penerangan dan penjelasan.
Neraca itu ada lidahnya, dan dua daunnya menimbangkan.
Kedua daun itu melihat kepada lidahnya yang menilaikan
Neraca itu bukanlah perkara ma’nawi, bahkan timbangan hakiki, dapat disaksi oleh yang beriman.

13. Titian

Kita juga beriman bahawa sesudah hisaban dan timbangan amalan, manusia akan berpindah dari tempat perhimpunan, untuk melalui titian (as Sirat) yang terletak di atas neraka Jahannam.

Semua manusia akan melalui titian ini: Para Anbiya’, Siddiqin,Mu’minin, Kafirin, orang orang yang dikenakan hisaban dan yang tidak dikenakan hisaban. Sesiapa yang lurus di atas jalan Allah di dunia ini akan luruslah perjalanan di atas titian di akhirat.

Setengah hadith sahih menerangkan bahawa manusia akan melalui titian ini. Senang susah di atas titian ini adalah bergantung kepada amalan manusia di dunia:

Di antara manusia ada yang dapat melaluinya secepat bintang jatuh,

Ada yang dapat melaluinya secepat angin,

Ada yang dapat melaluinya secepat kelipan mata,

Ada yang dapat melaluinya separuh berlari. Cepat dan lambat melaluinya adalah menurut kadar amalan manusia.

Hingga orang yang sedikit amal soleh akan melaluinya dengan tersungkur sebelah tangan dan terangkat sebelah lain, tersungkur sebelah kaki dan terangkat sebelah lain. Api neraka akan menyambar mereka, tetapi mereka dapat menyelamatkan diri. Ketika mereka terselamat mereka berkata kepada neraka: ‘Alhamdulillah, Allah telah menyelamatkan kami dari engkau, setelah Dia memperlihatkan engkau kepada kami. Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada kami barang yang tidak diberi kepada seorang lain pun.’

Kita dapati banyak hadith hadith sahib yang menyentuh hal titian ini, di antaranya hadith yang diriwayat daripada Abi Hurairah. Ia menceritakan bahawa manusia menanya Rasulullah s.a.w.:

“Ya Rasulullah, apakah kami akan dapat melihat Tuhankami di Hari Kiamat?

Baginda bertanya: Apakah membahayakan kamu bila kamumelihat bulan di malam penuh purnama?

Mereka menjawab: Tidak membahayakan kami, ya Rasulullah

Baginda bertanya: Apakah membahayakan kamu ketika kamu melihat matahari yang tidak didindingi oleh awan?

Mereka menjawab: Tidak.

Baginda berkata: (Kalau demikian) maka kamu akan dapat melihat Allah. Allah akan mengumpulkan manusia di Hari Kiamat lalu berkata:

‘Siapa yang menyembah sesuatu maka hendaklah ia mengikuti barang yang ia sembah itu.’

Maka orang yang menyembah matahari akan mengikuti matahari dan orang yang menyembah bulan akan mengikuti bulan. Orang yang menyembah taghut akan mengikuti taghut itu dan dalam kalangan umat (aku) masih ada orang orang yang munafiq. Allah akan mendatangi manusia dengan rupa yang mereka tidak kenali.

Allah berkata: Aku Tuhan kamu.

Mereka menjawab: Aku berlindung dengan Allah dari engkau. Ini adalah tempat kami, (kami akan tunggu) hingga datang Tuhan kami. Ketika Ia datang kami akan kenal.

Kemudian Allah datang kepada mereka dengan rupa yang mereka mengenaliNya.

Allah berkata: Aku adalah Tuhan kamu.

Mereka menjawab: Engkaulah Tuhan kami.

Mereka pun mengikuti Allah lalu dibentangkan titian di hadapan neraka Jahannam. Maka aku dan umatkulah awal awal yang melaluinya. Dan tidak bercakap di hari itu kecuali para Rasul.

Seruan para Rasul pada hari itu ialah:

‘Wahai Allah, selamatkanlah, selamatkanlah’

dan pada titian itu ada besi yang berhujung tajam seperti duri pohon assa’

dan Nabi bertanya: Pernahkah kamu melihat duri pohon assa’?

dan mereka menjawab: Ya, pernah melihatnya, wahai Rasulullah.

Nabi berkata: Besi itu adalah seperti duri assa’ inilah, tetapi tidak diketahui kadar besarnya kecuali Allah. Besi itu mencucuk manusia dengan sebab amalan manusia (atau mengikut kadar amalan manusia):

Di antara mereka ada mukmin yang dijaga oleh amalannya,di antara mereka ada yang diseksa hingga ia diselamatkan.” (Bukhari. Muslim)

Lalu di atas titian inilah yang dimaksud oleh kalimah ( ) yang bermaksud:

“Dan tidak ada seorang pun dari kamu melainkan akan mendatangi titian (di atas neraka) ini.” (Maryam: 17)

Tidak ada seorang pun yang terlepas daripadanya.

Imam Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tidak akan masuk neraka Insya Allah seorang pun dari Ashabus Syajarah (iaitu sahabat sahabat yang mengadakan bai’ah di bawah sepohon kayu yang dinamakan dengan Bai’atur Ridwan pada tahun yang ke enam hijrah). Lalu Hafsah berkata: Bagaimana dengan ayat (_____________) ertinya, ‘Dan tidak ada seorang pun dari kamu melainkan akan mendatangi (melaluinya)?’ Baginda menjawab: Tidakkah Allah berfirman ( ) maksudnya, ‘Kemudian Kami akan selamatkan orang orang yang bertaqwa dan akan membiarkan orang orang zalim di dalamnya dalam keadaan berlutut.’

Dalam hadith tadi Rasulullah s.a.w. mengisyaratkan bahawa semua hamba akan melalui titian di atas neraka Jahannam itu. Bukanlah semua yang melalui itu pasti memasuki neraka itu kerana Allah akan menyelamatkan orang orang mukmin dan membiarkan orang orang yang zalim didalam neraka dalam keadaan berlutut. Kemudian selepas orang orang mukmin menyeberangi titian asSirat itu, mereka berdiri di atas jambatan (yang menceraikan) di antara syurga dengan neraka. Di sinilah peluang bagi orang orang yang dizalimi membalas perbuatan yang menzalimi. Apabila sudah bersih maka diizinkan memasuki syurga.

Abu Sa’id al Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Akan diselamatkan orang orang mukmin dari api neraka. Mereka akan ditahan di atas jambatan (yang terbentang) di antara syurga dan neraka, lalu sebahagian dari mereka membalas terhadap kezaliman sebahagian yang lain yang pernah berlaku masa (hidup) di dunia ini, hingga apabila telah habis dan bersih maka (barulah) diizin bagi mereka memasuki syurga. Demi Allah, yang diri Muhammad berada di tanganNya, sesungguhnya seorang dari mereka kenal tempat kediamannya di dalam syurga lebih dari ia kenal rumahnya di dunia ini.” (Bukhari)

14. Syurga dan Neraka

Selepas itu semua, kita beriman pula dengan adanya syurga dan neraka. Syurga dan neraka adalah ciptaan Allah yang disediakan untuk menjadi tempat balasan baik dan seksa. Allah menciptakan syurga dan neraka sebelum dari Dia menciptakan manusia. Oleh itu,

syurga dan neraka sekarang ini sudah ada dan akan berkekalan selama lamanya, tidak berubah dan tidak binasa.

Firman Allah mengenai neraka yang mafhumnya:

“Hai orang orang yang beriman, peliharalah dirimu dankeluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalahmanusia dan batu. Penjaganya malaikat malaikat yangkasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadapapa yang diperintahkan kepada mereka dan merekamengerjakan apa yang diperintahkan.” (At‑Tahrim: 6)

“Dan ingatlah akan hari (yang pada hari itu) Kami bertanya kepada Neraka Jahannam: Apakah kamu sudah penuh? Dia menjawab: Masih ada tambahan?” (Qaaf : 30)

Dan firman Allah mengenai sebahagian kandungan neraka:

“Makanan syurga itukah hidangan yang lebih baik ataukah pohon Zaqqum (sejenis pohon yang tumbuh dalam neraka)?.Sesungguhnya Kami jadikan pohon Zaqqum itu sebagai cubaan bagi orang orang yang zalim. Sesungguhnya pohon Zaqqum adalah sebatang pohon yang keluar dari dasar neraka yang menyala, mayangnya seperti kepala syaitan. Maka sesungguhnya mereka benar benar memakan sebahagian dari buah pohon itu. Maka mereka memenuhi perut mereka dengan buah Zaqqum itu. Kemudian sesudah makan buah pohon Zaqqum itu pasti mereka mendapat minumann yang bercampur dengan air yang sangat panas.” (As‑Shaaffaat: 62‑67)

Sabda Rasulullah s.a.w. menceritakan hal neraka:

“Api yang kamu (nyalakan di dunia ini, panasnya) adalah satu bahagian dari tujuh puluh bahagian dari api neraka Jahannam. Lalu sahabat berkata: Ya Rasulullah. Sesungguhnya api dunia ini sudah mencukupi (untuk menjadi balasan seksa kepada ahli neraka). Baginda menjawab: Ditambahkan (kepanasan) api neraka Jahannam lebih dari api dunia sebanyak enam puluh sembilan kali ganda, dan tiap tiap satu kali ganda itu sama dengan panas api dunia.” (Bukhari)

Dan sabda Rasulullah s.a.w. mengenai seringan ringan azab neraka:

“Sesungguhnya seringan ringan azab ahli neraka di Hari Kiamat ialah seorang lelaki diletakkan di bawah du akakinya tiara api, (panasnya) mendidihkan otaknya.” (Bukhari)

Ada pun syurga pula, maka Allah menyebutkan nikmat nikmat di dalamnya acap kali di dalam al Qur’an, di antaranya:

“Sesungguhnya orang orang yang bertaqwa berada dalam tempat yang aman (iaitu) di dalam taman taman dan mata air. Mereka memakai sutera yang halus dan sutera yang tebal, (duduk) berhadapan hadapan. Demikianiah, dan Kami berikan kepada mereka bidadari. Di sana merek ameminta segala macam buah buahan dengan aman (dari segala kekhuatiran). Mereka tidak akan merasai mati kecuali mati di dunia. Dan Allah memelihara mereka dari azab neraka, sebagai kurniaan dari Tuhan kamu. Yang demikian itu adalah keberuntungan yang besar.” (Ad Dukhan : 51-57)

“Dan didekatkan syurga itu kepada orang orang yang bertaqwa pada tempat yang tidak jauh (dari mereka). Inilah yang dijanjikan kepada kamu (iaitu) setiap hamba yang selalu kembali (kepada Allah) lagi memelihara (semua peraturannya), iaitu orang orang yang takut kepada Allah Tuhan Yang Pemurah, sedang Allah tidak kelihatan (olehnya) dan ia datang (kepada Allah) dengan hati yang bertaubat. Masuklah syurga itu dengan aman, itulah Hari Kekekalan. Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki dan pada sisi Kami ada tambahannya.” (Qaf. 31‑35)

“Sesungguhnya orang orang yang bertaqwa berada dalam syurga dan kenikmatan. Mereka bersukaria dengan apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka. Dan Tuhan mereka memelihara mereka dari azab neraka (dikatakan kepada mereka:) Makan dan minumlah dengan sedap, sebagai balasan dari apa yang telah kamu kerjakan. Mereka bertelekan di atas dewan yang berderetan dan Kami kahwinkan mereka dengan bidadari bidadari yang cantik, bermata jeli. Dan orang orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka dan Kami tiada mengurangi sedikit pun dari pahala amal mereka. Tiap tiap manusia terikat dengan apa yang ia kerjakan. Dan Kami beri mereka tambahan dengan buah buahan dan daging dari segala jenis yang mereka ingini. Di dalam syurga mereka saling merebutkan piala (gelas) yang isinya tidak (menimbulkan) kata kata yang tidak berfaedah dan tidak pula perbuatan dosa. Dan berkeliling di sekitar mereka anak anak muda untuk (melayani mereka) seakan akan mereka itu mutiara yang tersimpan.” (At Thuur 17‑24)

Dan sabda Rasulullah s.a.w. dalam mensifatkan ni’mat ni’mat di dalam syurga dalam hadith qudsi yang mafhumnya:

“Allah berfirman maksudnya: Aku sediakan bagi hamba-hambaKu akan (ni’mat ni’mat di dalam syurga) barang yang mata (manusia) tidak pernah melihat dan telinga tidak pernah mendengari dan hati tidak pernah terlintas. Sabda Rasulullah s.a.w: Jika kami kehendaki bacalah firman Allah, maksudnya: ‘Maka seseorang pun tidak mengetahui apa apa yang disembunyikan untuk mereka it u(bermacam macam ni’mat) yang menyedapkan pandangan mata.” (Bukhari)

Demikian juga kita beriman adanya percakapan, jawab menjawab di antara ahli syurga dengan ahli neraka. Inilah gambaran yang dijelaskan di dalam Surah al A’raf:

“Dan ahli ahli syurga berseru kepada ahli ahli neraka (dengan mengatakan): Sesungguhnya kami dengan sebenarnya telah memperoleh apa yang Tuhan kam ijanjikan kepada Kami, maka apakah kamu telah memperoleh dengan sebenarnya apa (azab) yang Tuhan kamu menjanjikannya (kepada kamu)? Mereka (ahli neraka) menjawab: Betul. Kemudian seorang penyeru (malaikat) mengumumkan kepada kedua golongan itu :Kutukan Allah ditimpakan kepada orang orang yang zalim. (iaitu) orang orang yang menghalangi manusia dari jalan Allah dan menghendaki agar jalan itu menjadi bengkok dan mereka kufurkan kehidupan akhirat.” (Al‑A’raf: 44‑45)

Dan sebagaimana yang dijelaskan di dalam ayat:

“Dan ahli neraka menyeru ahli syurga (dengan mengatakan): Limpahkanlah kepada kami sedikit air atau makanan yang Allah rezekikan kepada kamu. Mereka (ahli syurga) menjawab: Sesungguhnya Allah telah mengharamkan kedua duanya (air dan makanan) bagi orang orang kafir.” (Al‑A’raf: 50)

Ada pun mengenai kekalnya syurga dan neraka, juga kekalnya orang mukmin di dalam syurga dan kekalnya orang kafir di dalam neraka, maka diulang ulangkan sebutannya di dalam al Qur’an pada beberapa tempat yang menyentuh hal syurga dan neraka. Dalam hal ini sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya:

“Apabila jadilah (pemergian) ahli syurga kepada syurga dan ahli neraka (menuju) kepada neraka, lalu dibawalah “mati” (dalam rupa seekor kibasy) hingga berada ia (di atas jambatan) di antara syurga dengan neraka. Kemudian disembelih “mati” (yang dalam rupa seekor kibasy) itu, lalu penyeru pun menyeru (dengan katanya): Wahai ahli syurga: Tidak ada mati lagi (selepas ini), wahai ahli neraka: 7idak ada mati lagi (selepas ini). (Dengan demikian) maka bertambahlah kegembiraan ahli syurga dengan kegembiraan (yang sudah ada) dan bertambahlah kedukaan ahli neraka dengan kedukaan mereka (yang sudah ada).” (Bukhari)

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: