Skip to content

AZAB DAN NI’MAT DALAM KUBUR

March 14, 2009

AZAB DAN NI’MAT DALAM KUBUR

Selain dari fitnah di dalam kubur, maka wajib kita beriman dengan adanya azab dan ni’mat di dalarn kubur. Al Qur’an dan hadith hadith sahih terang terang menunjukkan adanya demikian seperti firman Allah yang mafhumnya:

“Dan Fir’aun berserta kaum dikepung oleh azab yang amat sangat. Kepada mereka dinampakkan neraka pagi dan petang: Dan pada hari terjadinya Kiamat (dikatakan kepada maiaikat): Masukkanlah Fir’aun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras.”

Dalam ayat ini Allah janjikan Fir’aun dan kaumnya dengan dua jenis azab iaitu:

Azab yang ‘disyaratkan oleh ayat ( ) maksudnya: Kepada mereka dinampakkan neraka pagi dan petang.

Azab yang diisyaratkan oleh ayat ( ) maksudnya: Dan pada hari tejadinya Mamat (dikatakan kepada malaikat): Masukkanlah Fir’aun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras.

Ayat yang kedua ‘atf ( ) kepada ayat yang pertama. Menurut kaedah ‘atf dalam bahasa Arab memberi erti bahawa yang kedua berlainan dari yang pertama. Maka azab yang disebut dalam ayat yang pertama lain dari azab yang disebut dalam ayat yang kedua. Apabila azab yang kedua menimpa selepas berlakunya Kiamat maka azab yang pertama sudah tentu berlaku dalam masa berada di dalam kubur iaitu masa dari selepas matt hingga berlakunya Kiamat.

Dalam ayat yang lain Allah isyaratkan kepada azab kubur iaitu firman Allah yang mafhumnya:

“(Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat) di waktu orang orang zalim (berada) di dalam tekanan tekanan sakaratul maut, sedang para malaikat sedang memukul dengan tangannya (sambil berkata): Keluarkanlah nyawamu, di hari ini kamu dibalas dengan seksa yang sangat menghina.” (Al An’am: 93)

Berkata Ibn ‘Abbas mengenai ayat ini:

“Azab itu ialah ketika mati iaitu dipukulkan muka mereka dan punggung mereka.”

Berkata Ibn Hajar: “Ayat ini disokong oleh pengertian ayat dalam surah al Qital iaitu firman Allah yang mafhumnya:

“Maka bagaimanakah (keadaan mereka) apabila malaikat (al Maut) mencabut nyawa mereka secara memukul muka mereka dan punggung mereka. Dan tegas Ibn Hajar lagi: “Azab demikian meski pun berlaku sebelum dari dikebumikan simati, namun termasuk ke dalam jumlah azab yang ternyata berlakunya sebelum Kiarnat. Dan dinisbahkan azab kepada kubur adalah kerana kebanyakan azab itu berlaku di dalamnya”

Adapun hadith hadith sahih yang mengisbatkan adanya azab kubur sangat banyak hingga sampai peringkat mutawatir. Berkata Imam al Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim maksudnya:

“Ketahuilah bahawa pendapat ahl al Sunnah mengisbatkan azab kubur dan dalil dalilnya dari al gur’an dan al Sunnah memang banyak seperti firman Allah: ( ) maksudnya “Kepada mereka (Fir’aun serta kaumnya) dinampakkan neraka pagi dan petang”. Dan banyak hadith hadith sahih dari Nabi s. a. w. yang diriwayat oleh kurnpulan sahabat pada beberapa ternpat dan munasabah. Dan tidak mustahil pada akal bahawa Allah menghidupkan satu juzu’ dari tubuh badan manusia yang telah mati dan Allah menyiksakannya. Manakala hal ini tidak mustahil pada akal dan datang pula dalil dalil syar’i maka wajiblah kita menerimanya dan mempercayainya”

Imam Muslim di dalam kitab sahihnya membawa beberapa hadith yang mengisbatkan:

Adanya azab di dalam kubur,

Nabi Muhammad s.a.w. mendengar suara orang yang diazab di dalam kuburnya,

Orang yang mati mendengar daripada selipar orang yang mengkebumikannya,

Pertanyaan Nabi kepada ahlul qalib (orang orang musyrikin Mekah yang dibunuh di dalam Peperangan Badar kemudian dicampak ke dalam telaga buruk: Apakah kamu mendapati benar janji Tuhan kepada kamu?)

Penegasan Nabi s.a.w. bahawa orang yang hidup tidaklah sedengar orang yang mati, Kubur menjadi luas bagi simati yang termasuk ke dalam golongan yang beruntung,

Dinampakkan kepada simati tempat kediamannya di dalam syurga atau di dalam neraka.

Dan lain lain lagi. .

Di antara hadith hadith,yang mengisbatkan demikian ialah:

Daripada Zaid bin Sabit r. a. berkata ia, suatu masa Nabi s. a. w. berada di dalam pagar (kampung) Bani al Najjar. Baginda berada di atas himar dan kami bersama sama baginda, ketika itu himar baginda menjadi liar hingga hampir hampir menjatuhkan baginda, tiba tiba di situ ada empat, atau lima, atau enam kuburan.
Tanya baginda: Siapa yang kenal kubur ini?
Seorang lelaki menjawab: Saya kenal.
Tanya baginda: Bilakah mereka coati?
Dia menjawab: Mereka mati dalam keadaan musyrik.
Baginda berkata: Sesungguhnya umat (ku) ini akan diuji dalam kuburnya. Aku bimbang kamu tidak mahu masuk kubur, kalau tidak, aku akan minta Allah memperdengarkan kepadd kamu akan seksa kubur seperti yang aku mendengar;nya. Kemudian baginda berpaling kepada karni,
Lalu berkata: Berlindunglah dengan Allah dari seksa neraka.
Mereka berkata: Kami berlindung dengan Allah dari azab neraka.
Balas baginda: Berlindunglah dengan Allah dari azab kubur.
Mereka berkata: Kami berlindung dengan Allah dart azab kubur.
Balas baginda: Berlindunglah dengan Allah dari segala fitnah, yang zahir dan yang batin.
Mereka berkata: Kami berlindung dengan Allah dari segala fitnah, yang zahir dan yang batin.
Berkata baginda: Berlindunglah dengan Allah dari fitnah al Dajjal.
Mereka berkata: Kami berlindung dengan Allah dari fitnah at Dajjal..

Daripada Ibn ‘Abbas, berkata ia: Sewaktu Nabi lalu di atas dua kuburan baru, baginda berkata: Bahawa dua (orang dalam) kubur ini sedang diseksa oleh kerana kesalahan biasa dianggap orang ringan, salah satu daripadanya tukang fitnah dan satu lagi tidak beristinja’ dari kencingnya.

Daripada Abdullah bin Umar r.a.ma bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya seorang dari kamu apabila mati akan dinampakkan kepadanya tempat kediamannya waktu pagi dan petang. Jika dia termasuk ke dalam ahli syurga maka (tempat kediamannya dalam kalangan ahli) syurga. Tetapi jika dia termasuk ke dalam ahli neraka maka (tempat kediamannya dalam kalangan ahli) neraka juga. Dan dikatakan kepadanya: Inilah tempat kediaman engkau hingga Allah bangkitkan engkau pada Hari Kiamat.

Ada pun mengenai kaifiat seksa dan nikmatnya di dalam kubur dan cara ruh kembali semula kepada simati maka tidak boleh kita membicarakan lebih dari yang dinukilkan dari Rasulullah s.a.w.

Dalam kitab ” ” penulisnya berkata: “hadith hadith yang diriwayat dari Rasulullah s.a.w. adalah mutawatir pada sabitnya azab kubur dan nikmatnya bagi mereka yang berhak demikian dan sabitnya soalan dua orang malaikat. Maka wajiblah kita i’tiqad demikian. dan beriman dengannya. Kita tidak boleh berbicara mengenai kaifiatnya, kerana akal kita tidak kuasa mengetahui kaifiatnya. Berdasarkan hal ini tidak ada yang serupa dengannya di dunia ini dan syara’ pula tidak mendatangkan sesuatu yang mustahil pada akal tetapi kadang kadang mendatangkan sesuatu yang mengkagumkan akal. Kembalinya semula ruh kepada jasad bukanlah menurut/serupa dengan kebiasaan yang berlaku di dunia ini, bahlkan pengembalian ruh kepada jasad adalah suatu pengembalian yang tidak diketahui di dunia ini.

Ketahuilah bahawa,azab kubur itu adalah azab di dalam alam barzakh, maka setiap yang mati yang berhak azab kubur dia akan merasai sama ada dia dikebumi atau tidak dikebumikan. Sama ada dia dimakan oleh binatang buas atau terbakar hingga menjadi abu dipuput angin, sama ada dia dihukum semula atau pun tenggelam di dalam laut. Azab itu akan menimpai ruhnya dan jasadnya sebagaimana azab itu menimpai orang mati yang dikuburkan.

Adapun hadith hadith yang menerangkan bahawa malaikat menjadikan dia duduk dan tulang rusuknya bertindih, maka wajib kita faham dari penjelasan Rasulullah s.a.w. secara tidak melebih dan mengurang, tidak mentakwil kalimah kalimah yang tidak boleh ditakwil, tidak mengurangkan maksud baginda yang bertujuan menerang dan menjelas.

Berkata Ibn al Qaiyim: “Menurut pendapat imam imam dan ulama Mama dahulu mengatakan: Bahawa orang yang telah mati berada di dalam nikmat atau azab. Itu berlaku pada ruhnya dan jasadnya. Manakala ruh pula masih kekal merasai nikmat atau pun azab selepas dari bercerai dari jasadnya. Dan kadang kala ruh itu berhubung dengan jasad lalu dia merasai nikmat atau azab bersama. Kemudian apabila sampai Hari Kiamat Kubra dikembalikan ruh kepada jasad, lalu bangkitlah mereka dari kubur menghadapi Tuhannya. Dan masalah kembali semula jasad manusia itu adalah sepakat kata (ittifaq) oleh umat Islam, Yahudi dan Nasrani.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: