Skip to content

Sujud Sahwi

March 13, 2009

Sujud sahwi dikerjakan:
setelah selesai membaca tahiyyat akhir
sebelum memberi salam
dan wajib berniat untuk melakukan sujud sahwi dalam hati.

Lafaz sujud seperti berikut;

“Subhana man la yanamu wala yashu”

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa.

Tidak ada bacaan di antara duduk di antara dua sujud sahwi tersebut, sekadar mendiamkan diri.

Wajib berniat sujud sahwi, iaitu mengqasadkan dalam hati sujud sahwi beriringan ketika hendak melakukan sujud tanpa melafazkan niat tersebut. Jika dilafazkan niat itu maka batal sembahyang.

Sujud sahwi dilakukan kerana sebab-sebab berikut:

– Kerana tertinggal tasyahud pertama di rakaat yang kedua, jika solat itu lebih dari dua rakaat.
– Kerana ragu dalam bilangan rakaat sembahyang.
– Kerana menambah satu rakaat atau sujud kerana lupa
– Kerana tertinggal doa qunut dalam Solat Subuh atau sewaktu solat witir di pertengahan puasa ke atas.
– Kerana tertinggal selawat atas Nabi sesudah tasyahud yang pertama dan sesudah qunut, dan selawat atas keluarga Nabi Muhammad s.a.w sesudah tasyahud akhir.
– Cara mengerjakannya sama seperti sujud biasa, maksudnya dengan takbir di antara dua sujud dan di kerjakan sesudah tahiyat akhir sebelum memberi salam.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: