Skip to content

Dari Allah Kita datang dan Kepada Allah jua Kita Pergi

March 9, 2009

Secara rasminya hari ini aku tidak berdatuk dan bernenek, Tok Ayah aku yang dikasihi telah meninggalkan kami buat selama-lamanya, Tok Ayah telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Apollo Damansara sekitar jam 8-9am. Hari ini juga merupakan Maulidur Rasul, suasana pagi yang dingin serta hujan renyai-renyai suatu rahmat bagi seluruh umat.

Semoga arwah Ayah dirahmati dan ditempatkan didalam golongan orang-orang yang beriman, InsayAllah. Kali terakhir kami bertemu adalah pada malam semalam, keadaan ayah ketika itupun agak lemah, kami akan merinduimu ayah…………

Comments are closed.

%d bloggers like this: