Skip to content

Adab-adab Berwuduk

March 7, 2009

Adab-adab Berwuduk

1.Memulainya dengan sebutan nama Allah s.w.t.
“Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak ada maknanya wuduk yang tidak disebut nama Allah s.w.t (padanya)”. (Riwayat Abu Dawud)

2.Jangan memukulkan air ke muka dan kepala.

3. Jangan mengirapkan tangan supaya air terpercik sesudah berwuduk.

4. Tenang dan hadir hati ketika berwuduk kerana ketenangan dan kekusyukan pada wuduk adalah permulaan bagi kekusyukan dalam sembahyang.

5. Bersugi setiap kali hendak berwuduk kerana ia dapat membersihkan mulut sekaligus mendapat keredaan Allah s.w.t

6. Berusaha menyampaikan air wuduk ke dalam lipatan-lipatan kulit, telapak kaki bahagian belakang (tumit) dan ke celah-celah jari-jari (tangan dan kaki). 

7. Menyempurnakan wuduk lebih dari sekadar fardu-fardunya seperti menyampaikan air lebih dari dua siku atau menyampaikan air hingga ke pertengahan betis, istimewa sekali ketika cuaca sejuk kerana ia adalah cahaya dan perhiasan orang mukmin pada hari kiamat.
“Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Sukakah kamu aku tunjukkan amal yang kerananya Allah menghapusakan dosa-dosa (kamu)? Malah Dia meninggikan darjat kamu? ‘Para sahabat berkata: “Tentu, ya Rasulullah!” Lalu Nabi berkata: “Menyempurnakan wuduk ketika tidak disukai, memperbanyak langkah kaki (ketika berjalan) ke masjid dan menunggu waktu sembahyang sesudah (menunaikan) sembahyang. Yang demikian adalah ikatan, yang demikian adalah ikatan”.
(Riwayat Muslim)

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: